Thursday, April 30, 2009

SEDAR DAN INSAF?

HASRAT NIK AZIZ DIALU-ALUKAN Oleh Tarmizi Rahim
(Utusan Malaysia, 29 April 2009)

KUALA LUMPUR 28 April - Pas sepatutnya tidak meletakkan syarat tertentu jika ikhlas mahu merealisasikan kerjasama kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

Para pimpinan UMNO dan parti komponen BN berpendapat syarat yang ditetapkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah-olah parti itu mempunyai agenda tersembunyi dalam membantu membangunkan negara ini.

Mereka bagaimanapun pada asasnya mengalu-alukan kesediaan parti pembangkang itu untuk bekerjasama yang secara tidak langsung memperlihatkan kesedaran dan keinsafan untuk menggembeling tenaga memajukan negara bersama-sama dengan BN.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pergerakan itu sendiri sedia mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Pas bagi menjayakan kerjasama tersebut.

"Syarat kita, mereka perlu ikhlas dan jangan letakkan sebarang syarat, Pemuda sedia bertindak proaktif dan berbincang jika mereka jujur dan ikhlas".

"Pemuda juga sebenarnya gembira dengan situasi ini yang menunjukkan Pas telah sedar dan insaf," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menerima kerajaan perpaduan seperti dicadangkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipetik dalam blog anaknya, Nik Abduh.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, titik persefahaman di antara Pas dan BN itu perlu diperkembangkan bagi mencapai persamaan yang lebih jitu dan konkrit.

"Bagi saya soal jawatan itu tidak begitu penting tetapi yang paling mustahak ialah duduk bersama dahulu dan berbincang bagi menerokai titik penamat kepada persefahaman itu," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng pula mempertikaikan kejujuran Nik Abdul Aziz yang disifatkan lebih mementingkan jawatan dalam kerajaan daripada membantu rakyat dan negara.

Sepatutnya, kata beliau, apabila Pas sedia bekerjasama dengan BN bermakna mereka telah bersedia menyertai sebuah pasukan yang mana setiap keputusannya perlu diputuskan secara bersama dan bukannya secara individu.

"Inilah yang saya sangsi dengan hasrat Pas itu, ingin sertai kerajaan perpaduan tetapi sejak awal lagi mahukan jawatan-jawatan tertentu, apa agenda mereka sebenarnya," katanya.

Bagi Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan BN untuk mengkaji secara mendalam hasrat Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya enggan komen lanjut kerana kita tidak tahu apa niat sebenar Nik Abdul Aziz, biarlah pucuk pimpinan kita membuat keputusan terbaik," katanya.

Tuesday, April 28, 2009

NGO MELAYU - KATALIS PENYATUAN MELAYU & ISLAM

UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi : Selasa, 28 April 2009 Muka 10)
USAHA untuk mencari titik pertemuan Melayu dan Islam seperti yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewaktu upacara ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini perlu diterima sebagai perjuangan baru sepanjang zaman bagi setiap individu yang beragama Islam dan bergelar Melayu.

Tidak kita nafikan ramai kecewa dengan kenyataan terbuka Datuk Seri Mohammad Nizar bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam merealisasikan kehendak Sultan Azlan Shah. Pertikaian sama ada 'UMNO lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya' menunjukkan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berbaur emosi, individualistik dan tidak mewakili PAS secara keseluruhan.

Hakikatnya, saranan Sultan Azlan Shah adalah murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. PAS yang berjuang atas imej Islam sepatutnya berlapang dada dan menjadi yang paling awal terpanggil untuk menyahut saranan Sultan Perak. Sebaliknya, saranan tersebut ditolak mentah-mentah atas alasan-alasan tersendiri.

UMNO pula perlu mengkaji segala alasan mengapa kata-kata sehingga boleh membawa persepsi 'durhaka pada Raja' itu dibuat oleh seorang kepimpinan tertinggi PAS di peringkat negeri.

Kalau hari ini UMNO begitu kuat melaungkan peri pentingnya ketaatan dan kedaulatan Raja Melayu, di ruang ini jugalah UMNO perlu buktikan kedudukannya dalam merealisasikan saranan Sultan Perak itu.

Dalam hal ini juga, perdebatan UMNO-PAS seperti yang dianjurkan oleh pemimpin muda sewaktu kempen pemilihan UMNO 2009 tidak sepatutnya berulang kerana ia menunjukkan ketidakmatangan dan menjarakkan lagi perbezaan UMNO-PAS.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga perlu menjadi pemangkin (katalis) penyatuan Melayu dan Islam seperti yang disarankan oleh Sultan Azlan dan bukan terus melaga-lagakan parti-parti politik Melayu dengan pelbagai kenyataan sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap kedudukan NGO sebagai badan perwakilan rakyat di peringkat akar umbi yang bebas daripada politik.

Sesungguhnya mengikut kajian peringkat akar umbi persatuan kami, usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah perkara yang paling ditakuti oleh barisan parti-parti pembangkang lain. Ini adalah kerana gabungan UMNO dan PAS secara majoriti mampu memberi sokongan 'solid' undian Melayu setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Jika kita kaji secara halus dan mendalam isu pergeseran UMNO-PAS hari ini adalah berpunca daripada individu-individu dalam kedua-dua parti itu sendiri dan tiada kaitan dengan wawasan serta objektif parti politik masing-masing.

Daripada perspektif hukum Islam pula, UMNO bukan sekadar menabur janji malahan telah membuktikan usahanya segiat mungkin ke arah pelaksanaan menurut sistem hukum Islam sepenuhnya.

Antara usaha UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan wujudnya Undang-Undang Syariah Kekeluargaan Islam yang setaraf dengan Mahkamah Sivil (Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan) melalui pelaksanaan yang disokong oleh majlis dan jabatan agama Islam seluruh Malaysia; Sistem kewangan dan perbankan Islam yang menjadi pusat rujukan dunia; Tabung Haji - sebuah institusi terbaik dunia dalam mempermudahkan rakyat mengerjakan ibadah haji dan umrah; Sistem pungutan zakat dan Baitul Mal; Sistem persijilan makanan halal yang diiktiraf dunia; dan banyak lagi.

Hukum hudud adalah hukum Allah yang sentiasa dekat dengan jiwa Islam dan jika persoalan itu menjadi alasan PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, ia adalah alasan kurang tepat. Hari ini, apabila hukum hudud dicadangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai juga ADUN UMNO yang mengangkat tangan bersetuju tetapi apabila diusulkan mengenai pelaksanaannya, perbincangan terhenti.

Memang kita akui bahawa usaha menterjemahkan hudud melalui pelaksanaannya seratus peratus ke atas sebuah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia adalah suatu cabaran besar.

Di sinilah NGO Melayu boleh memainkan peranan dalam menggerakkan para intelektual Melayu dan Islam supaya berusaha mencari penyelesaian ke arah sistem pelaksanaan dengan mengambil kira tahap kesediaan penerimaan rakyat bukan Islam mengenai hukum tersebut.

Usaha ini bak kata pepatah Melayu, seperti 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.

Dalam dada-dada akhbar dan majalah media arus perdana juga sudah banyak membincangkan kedudukan hukum hudud yang sebenarnya sudah sedia dilaksanakan ke atas orang Islam dan Melayu melalui Undang-Undang Syariah Islam dan Kanun Keseksaan (Penal Code). Semoga kebaikan, keunikan dan kelebihan pelaksanaan hukum hudud ke atas orang Islam akhirnya terserlah dan diterima ramai.

Selain itu, ada juga pemimpin-pemimpin kanan negara yang menyatakan usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah tidak perlu kerana sejarah telah membuktikan bahawa ia suatu usaha yang sia-sia.

Bagi saya, faktor sejarah tidak ada kena mengena langsung dengan masa hadapan. Jika alasan yang sama digunakan, sudah pasti negara yang kita cintai, Malaysia hari ini masih lagi belum merdeka. Pejuang-pejuang Melayu sejak dari zaman Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Ngah Ibrahim, Datuk Bahaman, Dato' Onn Jaafar hingga Tunku Abdul Rahman terus-terusan yakin pada usaha positif mencari kemerdekaan sehingga ia menjadi kenyataan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Penyatuan Melayu-Islam adalah ternyata suatu usaha yang jujur dan ikhlas yang boleh membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang tidak terdaya disaingi oleh pesaing-pesaing lain. Ia perlu menjadi perjuangan abadi sepanjang zaman dan sentiasa direnungkan sebagai perjuangan yang belum selesai.

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Wednesday, April 22, 2009

NGO ANGGAP PEMBANGKANG SANGGUP GADAI MARUAH MELAYU, ISLAM

BERITA HARIAN - KUALA LUMPUR, 21 April 2009 : Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno sebagai bukti parti itu sanggup mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Mereka juga berpendapat, kenyataan Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencerminkan keangkuhannya dan sikap sebenar Pas yang tidak berminat berjuang untuk menegakkan perpaduan atau syiar Islam. Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Zulkifli Mohamad, berkata kenyataan Mohammad Nizar bukan saja menggambarkan kesombongan dan keangkuhan, malah beliau rela diperkudakan oleh DAP yang sentiasa mencari jalan untuk meneruskan agenda mereka.

"Mohammad Nizar menjadi mikrofon suara kepada DAP sedangkan parti itu mengamalkan pendekatan 'baling batu sembunyi tangan' namun saya sentiasa yakin jalan menyelamatkan orang Melayu adalah menerusi permuafakatan Umno dan Pas di meja rundingan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Akhbar semalam melaporkan kenyataan Mohammad Nizar bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun untuk kestabilan politik di Perak, sebaliknya meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau yakin keangkuhan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu akan sampai ke peringkat rakyat benci pada Pakatan Rakyat walaupun ketika ini ada yang menyokong tindakan itu.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata kenyataan itu menggambarkan bahawa Mohammad Nizar seorang pemimpin yang emosional sehingga mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi. Malah, katanya kenyataan itu mungkin tidak mewakili keseluruhan pemimpin Pas, terutama pada peringkat jawatankuasa perhubungan negeri dan pucuk pimpinan parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar, berkata beliau melihat kenyataan Mohammad Nizar itu mungkin sebagai pintu kejayaan mencari titik pertemuan antara Umno dan Pas.

Katanya, semua pihak perlu duduk semeja untuk merungkai apakah alasan pemimpin Pas terbabit membuat kenyataan seumpama itu kerana ia dilihat lebih baik berbanding jika tiada kenyataan dibuat.

Tuesday, April 21, 2009

MEMACU KEDINAMIKAN EKONOMI MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi : Selasa, 21 April 2009 Muka 10)
BARU-BARU ini, ekonomi kapitalis anjuran Amerika-Yahudi musnah setelah beberapa institusi kewangan gergasi dunia jatuh lumpuh. Antara punca kejatuhan ekonomi Amerika-Yahudi adalah disebabkan industri institusi kewangan terlalu mudah meluluskan kemudahan kredit individu; kos kehidupan seharian yang tinggi kerana kenaikan harga minyak dunia; rakyat gagal memenuhi komitmen kredit; syarikat-syarikat pelaburan membeli terlalu banyak opsyen kadar bon-bon terbitan institusi kewangan sehingga menjejaskan pembayaran balik apabila panggilan terhadap komitmen bon-bon tersebut dibuat; dan banyak lagi.

Kita akui bahawa struktur sub-ekonomi kapitalis bukan sahaja disokong dengan rapi dari segi pelaksanaannya malahan diiktiraf dan diguna pakai oleh seluruh dunia. Ini terbukti melalui kewujudan Pertubuhan Perdagangan Bebas (FTO); pusat bebas cukai dunia seperti di Cayman Islands dan Bermuda; lambakan pelbagai mekanisme pelaburan dan tukaran mata wang seperti derivatif, jualan pendek dan panjang, opsyen, urus niaga kadar tukaran dan banyak lagi.

Memang jelas bahawa teori kapitalis anjuran Amerika-Yahudi ini menghalalkan cara agar 'wang terus membuat wang' tanpa sandaran nilai sebenar yang kukuh.

Bagi saya, kesan ekonomi kapitalis ini adalah sama seperti buih kecil yang terus membesar tanpa dapat dikawal lagi sehinggalah ia meletup baru-baru ini. Menurut laporan, kos untuk menangani krisis ekonomi Amerika sahaja tidak termasuk Eropah dan negara-negara sedunia, sudah menjangkau AS$3 trilion.

Dari perspektif positif, Malaysia selaku salah satu unit ekonomi gergasi Asia perlu merebut peluang untuk membentuk semula dan menentukan hala tuju struktur ekonomi baru bagi menggantikan ekonomi kapitalis anjuran Amerika-Yahudi yang sekian lama menguasai dunia.

MENGUKUHKAN KEMBALI KEDUDUKAN

Malaysia yang ekonominya peringkat awal berasaskan pertanian, kemudiannya perladangan dan seterusnya perindustrian, agak 'terkebelakang' apabila hala tuju ekonomi diasaskan kepada industri asas tani.

Hari ini, alasan bahawa ekonomi tersebut adalah kebal dari mana-mana krisis ekonomi juga tidak tepat kerana rata-rata harga barangan makanan masih tinggi.

Sejarah membuktikan bahawa Semenanjung Malaysia dengan kedudukan lokasinya yang strategik sejak awal lagi merupakan sebuah laluan pusat perdagangan antara tersibuk di dunia yang menghubungkan India, China, Jepun dan Australasia.

Kepentingan laluan dagangan ini juga diguna untuk membentuk empayar kerajaan seperti Kerajaan Funan (Segenting Kra), Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Gangga Negara di Beruas, Empayar Srivijaya yang pernah berpusat di Kota Gelanggi Johor, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun 15, Kerajaan Johor-Riau pada kurun 17 dan disusuli dengan Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga tahun 1957.

Menyedari hakikat ini, seiring dengan pertumbuhan ekonomi China sebagai pusat tenaga buruh termurah dunia yang kini diiktiraf sebagai 'negara pengilang antarabangsa' dan Jepun terus gagah dengan kuasa ekonomi dunia, Malaysia perlu mengukuhkan kembali kedudukannya sebagai laluan dagangan utama timur-barat.

Usaha ini ternyata penting kerana ia dipandang serius oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik PBB (UNESCAP) dalam memajukan Projek Keretapi Rentas Asia (Trans-Asian Railway), sebuah projek yang menghubungkan Singapura dan Guongzhou, China.

Negara kita, yang dilengkapi dengan pelbagai kekuatan infrastruktur; ditampung pula oleh firma gergasi dunia seperti Petronas dan Sime Darby Plantations; disokong oleh puluh ribuan modal insan yang dihasilkan oleh lebih 100 institut pengajian tinggi setahun; dikukuhkan pula dengan kedudukan pusat kewangan Islam dunia, sebenarnya sudah lama bersedia untuk melaksanakan ekonomi berasaskan perkhidmatan perdagangan antarabangsa melalui perkhidmatan logistik, pergudangan, 'entrepot' dan sebagainya.

Malaysia sudah pun bersedia memposisikan kedudukannya sebagai pusat perdagangan dunia setaraf dengan Rotterdam atau setidak-tidaknya, mengambil alih kedudukan Pelabuhan Keppel, Singapura.

Kita perlu menggemblengkan kekuatan infrastruktur sedia ada seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor yang sebahagiannya dimiliki oleh Maersk-Sealand International (syarikat kontainer perkapalan terbesar dunia), Lapangan Terbang Senai sebagai Pusat Kargo Udara Serantau, Projek 968 km Electrified Double Track (EDT) dari Johor Bahru-Padang Besar dengan kelajuan keretapi penumpang-kargo selaju 160 km/jam dan MISC Berhad, syarikat perkapalan terbesar negara dengan 190 buah kapal kesemuanya.

Pada masa yang sama, kita juga perlu mencari jalan untuk tumpukan usaha ke arah merealisasikan 'Jambatan Indah Johor Bahru-Singapura' yang lama tertangguh.

Dengan terbinanya jambatan tersebut maka lengkaplah jaringan infrastruktur yang akan memacu Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi pesat mendahului negara-negara jiran serantau dalam menyediakan pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan, perkilangan, pembangunan yang melimpah-ruah sekali gus memberi anjakan kepada nilai hartanah dan modal insan negara.

Saya yakin pertumbuhan ekonomi berasaskan perkhidmatan perdagangan antarabangsa ini akan bertindak sebagai 'pemangkin' kepada pelaburan asing langsung (FDI) yang Malaysia dambakan sekian lama.

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

SULTAN'S CALL FOR POLITICAL PARTIES TO FIND COMMON GROUND WELL RECEIVED

(BERITA NASIONAL April 19, 2009 19:30 PM)

KUALA LUMPUR, April 19 (Bernama) - The Perak Sultan's call for political parties to find a common ground to work together for the good of the country and people has been well received by various quarters.

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) or Malay Unity Action Front president, Osman Abu Bakar, said Sultan Azlan Shah's suggestion was timely as it could help forge unity, in line with the '1Malaysia" concept introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

"All quarters, whether from the government or opposition, need to help strengthen unity among the races and among all people in the country," he said in response to the Perak Sultan's call in his speech at the investiture ceremony held in conjunction with the ruler's 81st birthday celebration.

The Sultan said there had been excessive politicking to the extent of affecting the country's economic productivity and its image internationally.

Sultan Azlan Shah also touched on the actions of certain political groups of inciting the people to create trouble and to hate the monarchy, besides tarnishing its image, describing these as dangerous actions which could disrupt harmony in the country.

Meanwhile, the president of the Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, said the political crisis would not have continued if some of the political leaders had not raised certain fundamental matters guaranteed in the Federal Constitution.

He said all quarters, including from the opposition, should know the basis of Malaysia's founding and uphold strongly the principles of Rukun Negara.

"If the political parties do not question such matters as the position of the Malay rulers and the special rights of the Malays, then there will be no conflict and the issue of finding a common ground will not arise," he said.

Ibrahim, who is also Pasir Mas member of parliament, said all quarters should therefore understand the Federal Constitution and refrain from raising sensitive issues that could disrupt racial unity.

"Political differences will be always be there as each party has its own policies and ideology. They will be able to cooperate if they discuss politics and the economy, but not when they discuss sensitive issues like all races must have equal rights, as there will be friction," he said.

President of the Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar, said the Perak Sultan's suggestion could be interpreted as a call for the government and opposition parties to find commonalities in which they could cooperate and not to highlight their differences.

Feriz said the strategy was achievable through a consultative system in which one saw the needs and wants of minority groups as something achievable although such issues had also been raised by the opposition.

"With this approach, I believe the Barisan Nasional government led by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will still be the best government for the country and people."

He said this strategy was also in tune with the Najib-inspired "1Malaysia" concept.


-- BERNAMA

SARANAN PARTI POLITIK CAPAI TITIK PERTEMUAN DISAMBUT BAIK - TRANSLATED VERSION

(BERITA NASIONAL - 19 April, 2009 17:37 PM)

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama)
- Saranan Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya parti politik mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka bagi kepentingan negara dan warganya disambut baik oleh pelbagai pihak.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) Osman Abu Bakar berkata saranan Sultan Azlan Shah itu tepat pada masanya kerana ia salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan konsep "1Malaysia."

"Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang perlu bekerjasama bagi memudahkan proses perpaduan antara kaum dan rakyat dapat direalisasikan," katanya bagi mengulas titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda hari ini.

Dalam ucapan baginda, Sultan Perak bertitah negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Malah baginda turut menyentuh mengenai tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja yang merupakan tindakan amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pula berkata kemelut politik yang tidak berkesudahan di dalam negara ini tidak akan timbul jika sesetengah pemimpin politik tidak menyentuh dan mempersoalkan perkara asas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Beliau berkata semua pihak termasuk pembangkang perlu memahami asas kewujudan Malaysia dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara.

"Kalau parti politik tidak sentuh perkara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu maka takkan timbul masalah dan tidak perlu sebarang titik pertemuan diadakan," katanya kepada Bernama.

Ibrahim yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata jika semua pihak memahami asas Perlembagaan dan tidak menimbulkan sebarang isu yang boleh memecah belahkan perpaduan semua rakyat, maka pertemuan antara mereka tidak perlu diadakan.

"Politik tetap berbeza kerana setiap parti mempunyai dasar masing-masing.

Boleh bekerjasama jika berbicara soal politik dan ekonomi tetapi jangan sentuh isu sensitif contohnya hendak semua kaum sama rata haknya, ia akan jadi bergaduh," katanya.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris) Feriz Omar menyifatkan titah baginda boleh diterjemahkan sebagai mengajak pemimpin yang menerajui kerajaan untuk bersama-sama mencari persamaan dengan parti pembangkang dan mengelakkan daripada mengenengahkan sebarang perbezaan dengan mereka.

Feriz berkata strategi itu boleh dicapai melalui membentuk sistem pentadbiran syura iaitu dengan melihat permintaan dan kehendak masyarakat minoriti sebagai satu perkara yang boleh diatasi walaupun perkara-perkara yang dituntut itu turut dibawa oleh pembangkang.

"Dengan pendekatan ini, maka saya percaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu meletakkan Barisan Nasional (BN) tidak berdaya ditandingi oleh mana-mana pesaingnya di kalangan parti pembangkang.

"Strategi ini juga adalah bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib sendiri," katanya.

-- BERNAMA

Monday, April 20, 2009

GROUPS LAUD CALL FOR POLITICAL PARTIES TO FIND COMMON GROUND

THE STAR, KUALA LUMPUR, 20 Apr 2009 : The Sultan of Perak’s call for political parties to find a common ground to work together for the good of the country and people has been well received by various quarters.

Malay Unity Action Front president Osman Abu Bakar said Sultan Azlan Shah’s suggestion was timely as it could help forge unity, in line with the 1Malaysia concept of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“All quarters, whether from the Government or Opposition, must help strengthen unity among the races and people in the country,” he said in response to the Sultan’s call in his speech at the investiture ceremony held in conjunction with the Ruler’s 81st birthday celebration.

The Sultan said excessive politicking had affected the country’s economic productivity and its image internationally.

Sultan Azlan Shah also touched on the actions of certain political groups in inciting the people to create trouble and hate the monarchy besides tarnishing its image, describing them as dangerous actions which could disrupt the country’s harmony.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali, who is also Pasir Mas MP, said there would be no conflict if political parties did not question matters as the position of the Malay Rulers and the special rights of the Malays.

He said all quarters should therefore understand the Federal Con­stitution and refrain from raising sensitive issues.

The Malays Professionals Organisation (ProWaris) President Feriz Omar said the Sultan’s suggestion was achievable through a consultative system that acknowledged the needs and wants of minority groups as something that could be achieved.

He said this was also in tune with the 1Malaysia concept. — Bernama

Saturday, April 18, 2009

HELLO FELLOW FRIENDS FROM ALL OVER THE WORLD !

Assalamualaikum wbt and a very good day to you.

I have noticed from the traffic reading system, my blog has been frequently visited by internet surfers from all over the world!

Honestly, I would appreciate if you could drop a note or two to bridge our relationship for the future.

My brothers and sisters within the "perjuangan" have intention to visit various places all over the world to extend our ideas of achieving the Malay and Islamic Agendas. Most of our ideas are fresh and some need to be fine-tuned and therefore, we are still exploring perspectives and views from people like you.

I guess via my articles, press statements and live interviews that are shown on this blog, you could more or less imagine the philosophies that I carry close to my heart.

Please feel free to comment and write to me personally via my personal email utusan.feriz@gmail.com.

Look forward to hear from you.

Thank you and wassalam.

FERIZ OMAR

Thursday, April 16, 2009

UTUSAN MALAYSIA : 8 HAKIM TERIMA SURAT PERLANTIKAN


Hakim Mahkamah Persekutuan
Datuk Gopal Sri Ram
Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff
Datuk James Foong Cheng Yuen

Hakim Mahkamah Rayuan
Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus
Datuk Ramly Ali
Datuk Kang Hwee Gee
Datuk Jeffry Tan Kok Wha
Datuk Azhar @ Izhar Ma’ah

Ketua Hakim Negara
Tan Sri Zaki Tun Azmi

Presiden Mahkamah Rayuan
Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff

Hakim Besar Malaya
Datuk Arifin Zakaria dan

Peguam Negara
Tan Sri Abdul Gani Patail

UTUSAN MALAYSIA : SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Berdasarkan Pengumuman Kabinet Baru pada 9 April 2009 yang lalu.

PERDANA MENTERI
YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri :
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi

Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom
Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam

Timbalan–Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan

UTUSAN MALAYSIA : MB NAFI KHAIRY DISIASAT

SEREMBAN 15 April - Dakwaan kononnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat khidmatnya di Rembau didatangi pegawai suruhanjaya itu semalam hanya khabar angin.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau sendiri tidak menerima sebarang makluman mengenai perkara itu daripada SPRM berhubung siasatan tersebut.

Jelasnya, setakat ini hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung kes rasuah.

"Tidak ada. Yang ada cuma satu kes sahaja melibatkan ADUN Lenggeng. Jika ada sebarang siasatan, mahupun pemeriksaan yang hendak dilakukan ke atas mana-mana ADUN mahupun Ahli Parlimen, SPRM akan maklumkan kepada saya bahawa siasatan sedang dilakukan," katanya yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengulas khabar angin sejak semalam kononnya SPRM menyerbu pejabat Ketua Pemuda UMNO itu semalam, Mohamad berkata, ia hanya khabar angin.

"Kita janganlah ambil pendekatan seperti itu, seolah-olah mahu mematikan karier beliau sebagai pemimpin muda".

"Pemimpin muda seperti beliau harus diberi tempat dan peluang untuk berjuang di dalam parti selain memberi semangat kepada generasi baru pada masa hadapan," jelasnya.


Dalam pada itu, Pengarah SPRM negeri, Roszaini Abu menjelaskan, pihaknya tidak memperoleh sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

"Saya berada di Genting Highlands untuk menghadiri mesyuarat. Setahu saya tiada maklumat diperoleh berhubung sebarang siasatan SPRM ke atas pejabat Khairy," katanya ketika dihubungi hari ini".

UTUSAN MALAYSIA : FUNGSI MECD DISERAP

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HERMAN HAMID

PUTRAJAYA 15 April – Agenda membela bumiputera yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dimansuhkan, tetap diteruskan apabila kerajaan bersetuju menyerapkan fungsi dan agensi-agensinya ke lapan buah kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, persetujuan mengenainya akan terus memastikan peranan-peranan utama MECD terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Pada masa sama, kata beliau, ia akan memperluas dan mempercepatkan penglibatan bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangunkan kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi yang terus diberi penekanan kerajaan.

Berikut fungsi-fungsi dan agensi-agensi MECD yang diserapkan:

1. Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

2. Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

3. Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

4. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri.

5. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya.

6. Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

7. Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.

9. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, pada sidang akhbar sebelum pertemuan dengan editor media tempatan di kediamannya di ibu negara petang ini, Najib menegaskan, tiada sebab mengapa pemansuhan kementerian tersebut perlu dijadikan polemik.

Kata Perdana Menteri, ini kerana agensi yang selama ini berada di bawah MeCD tidak pun dibubarkan dan akan tetap meneruskan fungsi serta peranan mereka dengan ditempatkan di beberapa kementerian lain.

“Seperti Mara, kita kembalikan agensi itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada masa dulu, agensi itu di kementerian tersebut juga seperti ketika zaman Tun Ghafar (Baba).

“Dan Menteri Luar Bandar sekarang adalah seorang Naib Presiden UMNO. Takkan beliau tak boleh kita harapkan untuk laksanakan program Mara umpamanya.

“Jadi saya tak nampak polemik tentang pemansuhan kementerian ini sebagai sesuatu yang patut dijadikan isu. Ini sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan efisien,” katanya.

Mengenai LPKP, Perdana Menteri menjelaskan, ia diletakkan di bawah JPM kerana kerajaan mahu mewujudkan sebuah badan baru yang dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Kebangsaan.

Katanya, atas sebab itu juga LPKP tidak berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan kerana peranan dan fungsi badan baru tersebut akan merentasi pelbagai kementerian.

“Undang-undang lembaga ini sedang digubal. Sebenarnya ia diputuskan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi. Saya fikir tahun ini (boleh dimuktamadkan),” jelasnya.

UTUSAN MALAYSIA : KAMARUDDIN PERTAHAN KENYATAAN

KUALA LUMPUR 15 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar mempertahankan kenyataannya bahawa rusuhan berdarah di Pattaya, Thailand baru-baru ini mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan segera.

Pada masa sama, beliau turut menafikan kenyataannya itu sebagai satu bentuk hasutan yang bertujuan menimbulkan huru-hara di Perak.

"Kenyataan itu bukan bertujuan menghasut kerana saya tidak menyuruh penyokong Pas turun ke jalanan membuat rusuhan.

"Saya hanya menyuarakan pandangan agar DUN Perak segera dibubarkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamaruddin mengulas kecaman dan kritikan kepadanya selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan banyak pihak sebagai berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenyataan beliau yang disiarkan dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily Ahad lalu mendakwa, rusuhan seperti di Pattaya mungkin berlaku di Perak sebagai manifestasi kemarahan rakyat ekoran kerajaan pilihan mereka disingkirkan.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan pemimpin kerajaan selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disifatkan cuba membawa budaya politik jalanan.

Mengulas kecaman dan kritikan itu, Kamaruddin berkata, beliau menerima dengan lapang dada jika pandangannya tidak dipersetujui tetapi untuk mendakwa beliau di bawah Akta Hasutan adalah tidak adil.
Dalam perbincangan saya bersama tokoh-tokoh politik, para cendekiawan dan pemimpin-pemimpin NGO-NGO Malaysia di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 26 Februari 2009 yang lalu, saya mengambil kesempatan untuk mengupas kecenderungan rakyat Malaysia yang sudah mula meletakkan integriti pemimpin-pemimpin sebagai kriteria nombor dua selepas populariti.

Secara realiti pada hari ini, ramai diantara kita tidak lagi boleh mencongak kedudukan akhir kecelaruan politik Malaysia. Jerebu kekeliruan yang tebal anjuran pelbagai media sesekali membuat kita sesak dada dalam mengikuti arus perkembangan politik negara. Ternyata, ‘King Makers’ seperti ini boleh menjadikan seseorang pemimpin itu popular biarpun pemimpin itu mempunyai masalah integriti yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Gara-gara inilah, rakyat kini mudah mual melihatkan liputan melampau keatas sesetengah pemimpin sehingga boleh menjadikan kita malas membaca atau menonton propaganda media. Mujur bagi kita yang mempunyai ‘mata hati yang tajam’ mengetahui hakikat sebenar bahawa pemimpin-pemimpin yang lebih menonjol di dada akhbar ataupun media elektronik sebegini tidak semestinya menjadi calon lebih hebat berbanding pemimpin-pemimpin yang jarang mendapat liputan media.

MEMBINA MATA HATI YANG TAJAM

Sempena Maulidur Rasul 1430H semalam, mari kita imbas kembali senario peperangan Badar yang merupakan peperangan pertama golongan kafirun dan Islam.

Bayangkanlah betapa payahnya Nabi Muhammad SAW dan para sahabat mengumpulkan kekuatan tentera pada ketika Islam masih baru di bumi Arab.

Tentera kecil Islam seramai 313 orang adalah tentera yang mempunyai ‘mata hati yang tajam’ dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah SWT sehingga berjaya mengalahkan ribuan gerombolan askar kafirun.

Begitu jugalah hendaknya Melayu UMNO sempena pemilihan hujung Mac 2009 nanti. Yakinlah dan sedar-sedarlah bahawa Allah Yang Maha Pencipta sebenarnya masih baru lagi berbicara melalui junjungan Nabi Muhammad SAW pada 610 Masihi iaitu hanya lebih kurang 1,400 tahun yang lalu melalui lima ayat pertama Iqra’ bermaksud ‘Bacalah’ yang sebenarnya disasarkan juga kepada golongan cerdik pandai untuk memimpin ummah.

Dalam membina keyakinan kepada Allah dan mengasah ‘mata hati yang tajam’, ayat 3 surah Al-Maidah juga jelas menunjukkan Allah SWT menyeru umat Islam untuk yakin beriman hanya kepada-Nya dengan berfirman, "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu."

Dengan merumuskan kedua-dua ayat suci al-Quran ini, kembalilah kepada Allah dan Islam! Ingatlah bahawa peraturan hidup kita di muka bumi ini telah diatur dengan sempurna melalui al-Quran, Hadis dan Sunnah, Ijma’ serta Qiyas.

Atas keyakinan ini juga, insya-Allah kita sebagai golongan cerdik pandai yang dipilih untuk memimpin ummah akan diberikan-Nya lorong jelas untuk memperolehi ‘mata hati yang tajam’, insya-Allah.

INGATLAH PEMIMPIN ADALAH IKON INTEGRITI RAKYAT

Rencana tulisan saya bertarikh 24 Februari yang lalu ada menyentuh kes-kes skandal seks Presiden Bill Clinton di Amerika Syarikat dan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Malaysia sebagai bukti kepincangan sistem demokrasi anjuran rejim Amerika Syarikat yang berleluasa di serata dunia.

Sistem demokrasi suara rakyat kini telah menghalalkan semua cara menurut kehendak manusia untuk mengetepikan persoalan integriti pemimpin sehingga melanggar falsafah pegangan agama-agama dunia, terutamanya Islam.

Seorang pemimpin yang berkerjaya sebagai ahli politik perlu sentiasa ingat bahawa dia adalah public figure (personaliti awam) yang secara tidak langsung meletakkan dirinya sebagai public property (hak awam) yang mana setiap tutur kata, tingkah laku dan cara hidup pemimpin tersebut sentiasa dipantau lantaran terdedah kepada kritikan rakyat terhadap integriti pemimpin.

Justeru, rakyat sememangnya berhak untuk mengkritik tentang kemungkinan terdapat unsur-unsur rasuah, penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa dalam isu-isu berbangkit; seperti pemimpin membawa ratusan ribuan wang keluar negara tanpa mengikut prosedur, pemimpin mengamalkan nepotisme dalam pemberian tender dan kontrak, pemimpin menjual kepentingan negara untuk kepentingan peribadi, pemimpin mengeluarkan kelulusan pembalakan sehingga mengganggu kedudukan eko-sistem, dan lain-lain lagi.

’KING MAKERS’

Sememangnya ’King Makers’ mempunyai kelebihan untuk menentukan pemimpin mana yang perlu dinaikkan dan pemimpin mana perlu dijatuhkan. Jika ianya tidak dibendung, maka ’kuasa’ ini boleh menjadikan ’King Makers’ menongkat dunia terutamanya dalam keadaan kuasa pentadbiran negara menyebelahi pihak mereka.

Sekuat mana pekikan rakyat terhadap isu-isu ini sekalipun, jika ’King Makers’ berganding bahu dengan pemimpin yang tidak berintegriti dengan cara meredakan atau melenyapkan langsung isu-isu ini, maka selamatlah pemimpin tersebut. Sesungguhnya, rakyat tidak mahu melihat kelompok ’King Makers’ ini menentukan daya tahan politik pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti ini.

Sebagaimana kita mahukan Singa-Singa Melayu bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju baru Malaysia pada hujung Mac 2009 nanti, rakyat juga mahu melihat tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh ’King Makers’ ini.

Namun pada hakikatnya, kebangkitan Singa-Singa Melayu UMNO nanti akan melalui proses pemilihan secara ’terbuka’, manakala perlantikan ’King Makers’ pula dibuat secara ’tertutup’.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

Wednesday, April 15, 2009

UTUSAN MALAYSIA : AMBIL TINDAKAN AKTA HASUTAN – NGO

KUALA LUMPUR 14 April - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan. Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, amalan politik jalanan yang cuba diterapkan oleh Pas boleh menyebabkan perpecahan. "Pihak berkuasa perlu menyiasat kenyataan ini.

Apa tujuan dia (Kamaruddin) mengeluarkan kenyataan senario politik di Thailand mungkin berlaku di Perak. "Jika terbukti kenyataan seperti itu mempunyai asas untuk menghasut rakyat supaya melakukan kekacauan ambil tindakan keras di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Osman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kamaruddin dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily yang berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lidah rasmi parti tersebut Ahad lalu menyiarkan kenyataan Kamaruddin yang mendakwa, tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan rusuhan seperti di Pattaya, Thailand, jika Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan tidak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin kanan Pas itu semalam, menyifatkan kenyataan Kamaruddin itu sebagai tidak bertanggungjawab, provokasi dan satu hasutan.

Turut mendesak tindakan yang sama diambil ke atas Kamaruddin ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar. Katanya, kenyataan Kamaruddin tersebut sebagai isyarat supaya penyokong Pas melakukan rusuhan di Perak.

Feriz dalam pada itu turut menyelar Kamaruddin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berlandaskan fakta berhubung proses pembubaran DUN negeri Perak. Katanya, urusan untuk membubarkan DUN adalah kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan bukannya Perdana Menteri. "Janganlah demi kepentingan politik menafikan fakta dan mengeluarkan bayangan rusuhan mungkin berlaku. "Kalau Sultan tidak mahu DUN dibubarkan, maka mereka perlu tunggu Pilihan Raya Umum Ke-13," jelasnya. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berharap keselamatan rakyat dan negara tidak diperjudikan demi kepentingan politik.

Menurutnya, Pas tidak perlu mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat Perak. "Saya percaya senario di Thailand tidak akan berlaku di Perak kerana asas politik kita berbeza. Saya fikir rakyat negara ini memilih keharmonian," katanya.

Monday, April 13, 2009

UTUSAN MALAYSIA : HENTI KELIRUKAN SATU MALAYSIA

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 12 April - Usaha pihak tertentu termasuk pembangkang menyamakan konsep Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia mesti segera dihentikan bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin UMNO menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep tersebut tidak mengetepikan hak bumiputera dan Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, bumiputera dan Melayu yang mewakili 60 peratus komposisi penduduk di negara ini sedia berdepan mana-mana pihak demi mempertahankan konsep Satu Malaysia yang menjaga kehormatan Perlembagaan itu.

"Ini bukan Singapura. Ini Malaysia yang mana rakyatnya berjanji setia kepada raja dan negara. Kita mempunyai kedaulatan undang-undang, jadi jangan derhaka.

"Jika ada sesiapa yang cuba samakan Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia, Perkasa dan kaum bumiputera akan bangkit menentang mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi melahirkan kerisauan masyarakat bumiputera tentang cubaan sesetengah parti politik, media dan blog yang cuba memanipulasi maksud Satu Malaysia yang dibawa Najib.

Menurut Ibrahim, gerakan halus itu mahu memecahbelahkan masyarakat dan dikhuatiri cubaan menidakkan kuasa raja-raja Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjelaskan, konsep Satu Malaysia adalah komitmen Najib dan kerajaan dalam memelihara keharmonian kaum berpaksikan kesejahteraan serta pertumbuhan ekonomi.

"Dalam konsep ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) langsung tidak mengetepikan hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum malah selari dengan Perlembagaan.

"Konsep 'Malaysian Malaysia' pula mementingkan sama rata dan sama rasa tetapi cenderung menafikan peruntukan Perlembagaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihak pembangkang tidak harus membangkitkan isu kesamarataan yang sebenarnya bukan menjadi keutamaan dalam konsep Satu Malaysia.

Beliau kesal dengan sikap pembangkang memanipulasi konsep tersebut semata-mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kerajaan mengetepikan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Kata Rosnah, agenda jahat itu ternyata akan memberi kesan kepada perpaduan serta hubungan kaum di negara ini sekali gus merosakkan konsep yang matlamatnya ialah supaya rakyat Malaysia bersatu, berpadu dan bersama-sama membangunkan negara.

''Kita tidak mahu konsep itu dicanang oleh pembangkang menyamai Malaysian Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang berbeza,'' katanya.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, pihak terbabit terutama para penulis blog seperti tidak mengakui usaha kerajaan selama ini yang mengambil kira kepentingan semua kaum.

"Satu Malaysia adalah pendekatan Datuk Seri Najib untuk meneruskan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti mengutamakan kedudukan agama Islam untuk orang Melayu serta menjaga kepentingan Cina dan India dalam menghormati kewujudan sekolah vernakular.

"Malaysian Malaysia pula berbahaya bagi kelangsungan orang Melayu dan pribumi yang mana kedudukan raja-raja Melayu dicabar, kedaulatan Islam diperkotak-katikkan manakala kedudukan bahasa Melayu disamaratakan," jelasnya.


Sementara itu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) juga menyeru rakyat Malaysia terutama bumiputera terus mempertahankan kedudukan agama Islam dan kehormatan raja-raja serta bahasa Melayu demi mengekalkan keharmonian negara.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar mengingatkan, konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Najib masih menghormati dan mengiktiraf kepentingan semua pihak dengan mendahulukan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi ikatan kesejahteraan kaum selama ini.

"Jadi, jika ia disamakan dengan Malaysian Malaysia, ia salah dan berbahaya. Jangan terkeliru dengan dakyah DAP dan penulis blog yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Justeru, beliau meminta kerajaan memantau gerakan halus ini sama ada menerusi media perdana mahu pun blog serta mengambil tindakan bagi menghentikan penyebaran sentimen yang mampu menggugat keharmonian kaum itu.

Sunday, April 12, 2009

RAKYAT MALAYSIA BUKAN LAGI “HERD SOCIETY”

Saya yakin Datuk Seri Najib sedia maklum bahawa cabaran paling besar beliau adalah Rakyat Malaysia yang dipimpinnya hari ini tidak sama seperti yang dipimpin oleh bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak. Rakyat Malaysia pada era 1970an disamakan seperti herd society yang mudah dipengaruhi kerana pada ketika itu rakyat amat miskin dan masih serik dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Yang jelas, rakyat pada hari ini tidak semiskin dahulu, bebas membuat pengamatan melalui media alternatif dan sudah mampu untuk membuat keputusan sealiran dengan saranan popular sekalipun tidak berintegriti.

Belum cukup seminggu pengumuman kabinet yang berasaskan ’Satu Malaysia’ dan ’Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ dibuat, media alternatif sudah dilanda pelbagai reaksi dan emosi rakyat. Bagi saya, ini adalah cabaran biasa bagi mana-mana Perdana Menteri yang baru dilantik.

Apa yang lebih penting adalah kita tidak mahu sejarah gelap 2004–2009 berulang kembali. Pada tahun 2004, keseronokan kejayaan luar biasa dalam pilihanraya membuatkan Perdana Menteri ketika itu menabur pelbagai janji sehingga tidak terdaya dikotakannya melalui Barisan Kabinet serta jentera kerajaan yang dilantik. Kita juga tidak mahu padah 2008 di mana kekalahan teruk BN dirasai sekali lagi kerana jika ia berulang, pasti kesannya akan menjadi lebih dahsyat. Memandangkan kita akan berhadapan dengan PRU13 kurang dua tahun dari sekarang, rakyat ingin lihat kesan positif ekoran daripada peralihan kuasa dan kabinet baru dalam masa terdekat.

SATU MALAYSIA – PARA BLOGGERS KELIRUKAN KEADAAN

Aspirasi ’Satu Malaysia’ yang dilaungkan Datuk Seri Najib juga perlu segera diterjemahkan beliau kerana ramai di kalangan para bloggers telah mengambil kesempatan untuk menterjemahkan konsep tersebut secara ’sukarela’.

Ada sebilangan menyatakan bahawa Najib kini sudah mulai akur dengan menifesto pembangkang iaitu ’Malaysia untuk Malaysia’; ada yang merasakan ’Konsep Satu Malaysia’ tidak akan boleh tercapai kerana struktur politik BN berdasarkan perwakilan agama dan bangsa; ada pula menghebahkan bahawa Konsep ’Satu Malaysia’ akhirnya akan mengganggu-gugat kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam; dan banyak lagi.

Walau apa pun niat mereka membuat terjemahan tersebut, mereka perlu sedar bahawa tindakan mereka telah menambahkan kekeliruan sekali gus mengeruhkan lagi senario politik-ekonomi negara. Hanya mereka yang berbekalkan ’mata hati yang tajam’ dapat mentafsirkan hubungkait konsep ’Satu Malaysia’ dengan pelbagai saranan Najib yang lain.

Bagi saya, saranan Najib melalui struktur ’Rakyat-Parti-Kerajaan’ di mana jumlah perwakilan UMNO ditambah menjadi 60,000 orang dan kuota pencalonan dikecilkan secara tidak langsung sudah cukup menggambarkan bahawa hala tuju UMNO selepas ini ditentukan oleh keperluan semasa rakyat, khususnya Melayu. Struktur ini juga memberikan kuasa menghukum secara langsung kepada Rakyat untuk tidak memanjangkan tempoh pentadbiran mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak menjalankan amanah secara berkesan.

Dalam hal ini, atas semangat cintakan UMNO, Datuk Seri Najib sendiri yang baru menjamah kerusi Presiden dan Perdana Menteri sanggup mengambil risiko tinggi untuk diketepikan jika perjuangannya dirasakan Rakyat tidak lagi relevan dan kurang berkesan dalam memenuhi keperluan Melayu semasa.

Saya juga berharap konsep Syoora dalam pentadbiran Islam juga dikaji-pakai oleh kabinet Najib–Muhyiddin. Dalam konsep Syoora, parti politik yang memerintah juga mengambil inisiatif untuk memenuhi kehendak golongan minoriti rakyat sekalipun disarankan oleh parti pembangkang.

Dengan struktur ini juga, kes-kes yang ’tidak masuk akal’ seperti berlaku pada Mei 2006 yang berakhir dengan Datuk Shahrir Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) diharap tidak akan berulang. Rakyat Malaysia ketika itu terperanjat apabila mengetahui wujudnya polisi BN yang menidakkan Datuk Shahrir meyokong usul yang dibawa oleh parti pembangkang sekalipun berniat ikhlas mendahulukan kepentingan rakyat.

Saya dan seluruh rakyat Malaysia menanti keberkesanan struktur Rakyat-Parti-Kerajaan. Struktur ini menggalakkan tindakan-tindakan mencari persamaan dan menghindari perbezaan dengan parti-parti pembangkang. Maka struktur inilah yang diistilahkan Najib sebagai ’Satu Malaysia’! Struktur yang mampu menstabilkan perhubungan BN dengan parti-parti pembangkang sekali gus mempamerkan imej luhur lagi dihormati.

Atas alasan inilah, para bloggers seharusnya beralih tumpuan dan membincangkan isu-isu utama seperti isu PPSMI; isu kepupusan MECD yang sekian lama membantu pertumbuhan usahawan Melayu; isu keberkesanan pengagihan zakat; isu pembangunan modal intensif Iskandar Malaysia yang penuh dengan dasar-dasar mengganggu-gugat kedaulatan negara serta hak keistimewaan orang-orang Melayu; dan lain-lain.

Saranan saya kepada kabinet baru Najib-Muhyiddin pula, pergunakanlah kekuatan NGO dan para bloggers yang telah membantu peralihan kuasa dalam menangani krisis politik-ekonomi negara kerana jika tidak, barisan kepimpinan negara akan terkena kesan ’boomerang’ jika kumpulan penting ini diabaikan.

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Saturday, April 11, 2009

A STORY ABOUT THE MAN OF GOD AND HIS CABINET

1. There was a time when a man won almost a BIG sweep in a General Election.


2. He then declared that the big win was due to him and no one else. Even his son-in-law till today admitted and still convinced that it was them that made the result phenomenal.


3. It was too

Tuesday, April 7, 2009

BERAKHIRNYA SATU TUGAS, BERMULANYA SEBUAH PERJUANGAN

UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi : Selasa, 7 April 2009 Muka 10)

Tanggal 3 April 2009 merupakan tarikh penyerahan pentadbiran negara kepada barisan kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sokongan utama Tan Sri Muhyiddin.

Upacara tersebut jatuh pada Jumaat, hari yang mulia buat umat Islam. Saya begitu terharu kerana peristiwa bersejarah itu ditakdirkan Allah SWT jatuh pada tarikh ulang tahun saya yang ke-38. Ternyata ia adalah hadiah istimewa buat saya, ProWaris, sahabat-sahabat NGO Melayu serta para bloggers yang berjuang sekian lama tatkala UMNO berada dalam serba “keterbatasan” untuk bertindak sebagai barisan pertahanan pertama bangsa Melayu dan Islam.

ProWaris yang telah berjuang selama lapan tahun sejak 2001 sentiasa memenuhi saf pertama dalam memastikan Agenda Melayu dan Islam terbela, tercapai dan terus terpelihara. Bagi kami, hak perjuangan Agenda Melayu bukannya 100 peratus hak mutlak UMNO. Perjuangan Agenda Islam adalah bukan 100 peratus hak mutlak Pas dan perjuangan menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat.

ProWaris mula lantang pada 2003 agar profesional Melayu tidak “terkebelakang” dalam mengharungi cabaran globalisasi dan bertindak sebagai katalis ekonomi negara.

Pada 2004, ProWaris mencadangkan pen- strukturan semula operasi dan kewangan Penerbangan Malaysia kerana MAS pernah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia dengan majoriti pekerja dan pemegang sahamnya adalah Melayu. Tahun 2006, seluruh Malaysia dikejutkan apabila ProWaris membangkitkan isu keretakan jambatan MRR2; risiko nyawa dan kemungkinan berlakunya penyelewengan – sehinggakan MRR2 ditutup untuk pembaikan dan penyiasatan.

Pada 2007, Profesional Melayu berpadu tenaga menghasilkan 20 Tuntutan ProWaris-Mapan terhadap Iskandar Malaysia melalui Buku Merah-Hitam demi mempertahankan hak bangsa Melayu, kesucian agama Islam, kedaulatan negara serta institusi raja di Malaysia.

Sekalipun telah dipersembahkan berkali-kali dengan penuh berhemah, usaha kami tidak dilayan oleh pucuk pimpinan negara. Sejak saat itu, kami berpendapat kepincangan pentadbiran negara sudah mencapai tahap kritikal sehingga diterjemahkan rakyat dalam PRU12 dengan kekalahan paling dahsyat BN-UMNO dalam sejarah 51 tahun merdeka. Senario itu telah dijangka awal-awal lagi oleh ProWaris melalui kajian “protes rakyat” sebelum pilihan raya.

Teras gerak kerja ProWaris terhadap isu-isu ini sentiasa dipasak oleh integriti roh Melayu profesional dan Islam yang kukuh. Kukuh kerana berjuang menurut fakta. Fakta yang begitu padat. Padat dengan analisis, akta perundangan dan statistik terperinci. Terperinci namun dipermudahkan melalui hujah yang jelas lagi efektif. Faktor inilah yang menarik ramai teman seperjuangan lain yang mahukan perubahan sekali gus tidak terus alpa dengan kelemahan pemimpin. Di sinilah bermulanya gerakan akar umbi melalui revolusi NGO-NGO Melayu.

ProWaris pernah diiktiraf Pas sebagai “pasukan elit Islam” yang profesional lagi berani, manakala sebilangan besar Melayu lain pula mengaitkan ProWaris sama seperti kumpulan “Selendang Merah” yang bangkit pada zaman 13 Mei 1969.

Tidak ramai tahu bahawa ProWaris pernah dikecam hebat sebagai “mencari publisiti murah”, pernah diugut oleh mereka yang bencikan perubahan, laman web rasmi juga pernah digodam dan pernah dikejar sehingga ke Mersing sewaktu menuntut peralihan kuasa disegerakan. Pengalaman yang paling memalukan adalah apabila saya sendiri dihalau keluar dari studio TV sewaktu siaran langsung program ulasan PRU12. Namun, inilah adat berjuang bak kata pepatah, kita perlu “tegak pada yang datar, berpegang pada yang benar”.

INI SUARA MUDA MEWAKILI 70 PERATUS PENGUNDI MALAYSIA!

Sebagai sebuah NGO yang memantau kedudukan UMNO-BN dari luar, kami yakin Najib-Muhyiddin tidak akan mempersia-siakan jerih-perih, ratapan-tangis, perahan minda, doa-zikir, waktu dan wang yang rakyat korbankan supaya transformasi politik ini berlaku. Memandangkan masa yang singkat, Najib dan Muhyiddin perlu menggunakan kuasa secekap mungkin agar momentum terbina hingga tercapainya kejayaan pada PRU13 kelak.

Antara perkara perlu dilaksanakan ialah merealisasikan segera janji struktur “Rak yat-Parti-Kerajaan”, memilih menteri Kabinet di kalangan individu yang mempunyai roh Islam murni, bijaksana, tidak dibenci rakyat, bersih rasuah serta berintegriti tinggi biarpun tidak begitu popular.

Selain itu, selesaikan isu sebilangan Pemuda UMNO yang menafikan ucapan Presiden pada Mesyuarat Agung 2009; buru dan perkenalkan dari sekarang ikon-ikon pemimpin muda yang boleh mewakili rakyat di bawah 40 tahun (70 peratus suara pengundi Malaysia) dan pergunakan kekuatan NGO dan bloggers yang membantu proses transformasi politik agar mereka turut sama memulihkan kecelaruan politik dan ekonomi negara bagi mengelakkan kesan ‘boomerang’ jika mereka diabaikan.

Pastikan pembentukan roh dan jati diri Islam di kalangan ahli UMNO secara berterusan.

Penyerahan pentadbiran kepada NajibMuhyiddin adalah bukti berakhirnya satu lagi tugas ProWaris. Sekalipun demikian, bagi kami ia juga adalah titik permulaan sebuah perjuangan Agenda Melayu dan Islam supaya ia “tidak terdaya dicabar” oleh sesiapa pun selepas ini !

FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Friday, April 3, 2009

TODAY, I CELEBRATE MY BIRTHDAY !

Alhamdulillah Syukur to Allah Subhanawata'ala !

For giving me the years to live and preparing myself for al-Jannah. May I face future challenges with full patience and redha for what is meant for me.

Each time when the calendar shows 3rd April, it reminds me of my birthdays that I celebrated. Indeed there were unforgettable moments. When I was 5, I slept on my birthday cake as I was so tired waiting for guests to arrive for my birthday party. On my 21st birthday, I told my mother to bake for me 21 plates of "pulut kuning", a famous Malay Cuisine for special celebrations, for my relatives and friends.

The best thing about birthdays is that I am always surrounded with friends and relatives whom I love. The sad part is that the crowd that surrounds me is getting lesser and I do miss them, especially my late Father. Deep down inside, I am sure that there are new hearts to love and to be loved.

This year in addition to my mother, sister, I celebrate my birthday with my wife, my new family and a baby boy to be delivered in June 2009, insyaAllah.

Thank you Allah and all of you! You have given me so much and I have done so little for all of you.

Wassalam.

FERIZ OMAR
3 April 2009 - 7 Rabiul Akhir 1430H

Wednesday, April 1, 2009

BEBERAPA PEMIMPIN UMNO DISIASAT

Utusan Malaysia 1 April 2009

KUALA LUMPUR 31 Mac - Beberapa pemegang jawatan tinggi UMNO kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata Anggota Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

"Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.

"Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 'Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung UMNO itu berakhir Sabtu lepas.

"Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang," kata Megat Najmuddin sambil menjelaskan beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekaligus.

Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau berkata, sekiranya terdapat bukti sesiapapun akan dikenakan tindakan.

"Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin," katanya.

Megat Najmuddin berkata, pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

"Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat," katanya.

Beliau menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Lembaga Dispilin distruktur semula untuk diperkasakan.

"Elok sangatlah sebab kita pun tak ada jentera yang ramai untuk bekerja.

Negara kita agak besar, UMNO juga besar dengan anggotanya lebih tiga juta orang, jadi kita perlu perkasakan," katanya.

Sebelum itu, semasa membentangkan kertas kerjanya, Megat Najmuddin mencadangkan lima langkah membanteras rasuah iaitu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah, gaji lebih baik untuk kakitangan awam, kurangkan birokrasi, ketelusan dalam penajaan politik dan pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa. - Bernama