Pages

Tuesday, March 2, 2010

KEKUATAN ' ن ' DAN ' م ' DALAM UMNO

(Utusan Malaysia - Ruangan Feriz Omar Selasa 2 Mac 2010, ms-10)


SIRI adegan jenaka dalam karya P. Ramlee yang tak kunjung lekang dari siaran televisyen tempatan rasanya bagai tak lapuk dek hujan, sentiasa segar dan masih mampu mencuit hati untuk membuatkan kita tertawa.

Dalam satu adegan filem Nujum Pak Belalang misalnya, soalan ditanyakan berkenaan kekuatan di sebalik nama ‘Hang Tuah’ dan jawapan yang sebenarnya adalah huruf ‘Ta’. Jika diganti dengan huruf lain seperti ‘Ba’, akan jadilah nama lain seperti ‘Hang Buah’!

Begitulah jenakanya, pintar dan berisi. Hari ini kalau kita mengambil kira perihal UMNO pula, mungkin menarik jika kita kaitkan kekuatan UMNO kini yang terletak pada dua huruf iaitu ‘nun’ dan ‘mim’. ‘Nun’ dan ‘mim’ yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah gandingan Najib dan Muhyiddin.

Apa tidaknya, sejak dilantik ke kerusi utama peneraju negara, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membuktikan kekuatannya untuk mengembalikan semangat perpaduan di atas jenama 1Malaysia. Hadirnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula selaku pembantu, melancarkan segala polisi merakyat dan pembaharuan dalam UMNO-BN, sekali gus menggentarkan pemimpin pembangkang !

Kurang setahun lalu, pakej rangsangan ekonomi negara yang diperkenalkan Perdana Menteri dalam dua peringkat dikatakan bakal membazir dan menemui kegagalan. Kini, pakatan pembangkang terpaksa menelan bulat-bulat kembali melihat keberkesanannya dalam menjana kestabilan ekonomi semasa.

Ia bakal dipersembahkan dalam Belanjawan 2011, sebagai bukti betapa kerajaan serius dalam memacu negara menongkah arus kegawatan sejagat. Lebih membanggakan, Havard Business School di Boston dikatakan menggelarkan usaha reformasi ekonomi bersifat nasional itu sebagai Najibnomics dan diletakkan sebagai salah satu bahan penyelidikan.

Perubahan kepimpinan Petronas pula menjadi petanda hasrat Perdana Menteri yang mahukan Petronas terus segar dengan idealisme terkini dan kekal dalam lingkungan New Seven Sisters. Inisiatif F1 1Malaysia yang dipelopori oleh gabungan Proton dan Lotus pula dijangka mampu menobatkan Proton dalam industri kereta dunia jika kena pendekatannya.

Sementara dari aspek memulihkan semangat ‘bangsa Malaysia’, Najib dengan berani mengumumkan konsep 1Malaysia yang juga sebagai ‘pengubat’ kepada perpaduan masyarakat yang seringkali ditimbulkan pembangkang. Di sebalik kata-kata sinis dan prejudis yang diluahkan, alhamdulillah hari ini, ia terbukti membawa semangat perpaduan rakyat ke aras pencapaian yang lebih cemerlang.

Tidak hanya pada kata-kata lisan, Najib-Muhyiddin mengambil inisiatif walk-about iaitu menjalankan usaha tinjauan kehidupan masyarakat bangsa lain seperti kumpulan peniaga, lawatan ke kampung dan kawasan perumahan masyarakat India serta perkampungan pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, dasar kerajaan perpaduan dengan kepimpinan Pas pula tidak pernah ditutup. Demikian juga sebarang usahasama demi kebaikan rakyat dengan parti-parti politik lain.
Jika usaha Najib lebih tertumpu kepada penyatuan masyarakat berbilang kaum dan menjamin kestabilan serta momentum ekonomi bersifat global, gandingan Muhyiddin pula begitu gigih memastikan usaha dan idea Najib terlaksana dalam bentuk hakiki.

Program pembaharuan, mendekati rakyat dan menjuarai siri-siri by-election sepanjang tahun lalu membuktikan track record beliau sepanjang tahun. Paling manis, apabila kalendar by-election tahun lalu disudahi dengan kemenangan meyakinkan di Bagan Pinang. Ia sekali gus petanda kepercayaan rakyat kepada kepimpinan UMNO-BN telah berjaya diraih semula. Ini dalam kata lain juga bererti sokongan rakyat yang padu terhadap gandingan ‘nun’ dan ‘mim’ ini.

Kerja keras Muhyiddin juga terlihat dalam memantau usaha menangani krisis H1N1, meningkatkan penguatkuasaan maritim dan isu pendatang haram. Isu-isu sampingan itu dilihat faktor penting yang memungkinkan krisis ekonomi sejagat tidak membarah.

Dalam portfolio pendidikan pula, isu PPSMI yang begitu hangat diperkatakan, berjaya diselesaikan sehingga tiada lagi sebarang suara-suara protes. Masalah PPSMI dilihat dapat diselesaikan dalam keputusan profesional yang penuh berjustifikasi berdasarkan fakta dan angka, bukan sekadar sentimen dan keputusan politik semata-mata.

Dengan tema reformasi pendidikan bersifat ‘mengukuhkan bahasa Inggeris, memartabatkan bahasa Melayu’, majoriti masyarakat menerima idea itu dengan persetujuan penuh.

Dengan barisan kepimpinan lawan (seperti PKR) yang kini bagai berlumba-lumba kembali kepada perjuangan suci UMNO, saya tidak lihat begitu mustahil untuk UMNO-BN kembali bertakhta secara mutlak selaku ‘arkitek’ pembangunan negara.

Pembangkang kini sudah gentar dan berdebar-debar. Jadi, yang tinggal kini cumalah untuk kita merapat, melurus dan mengukuhkan barisan, jangan mudah terpengaruh dengan sebarang anasir perpecahan dan insya- Allah, PRU-13 nanti, pasti sudah ada rezeki yang menanti !

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

4 comments:

  1. Sdr Feriz mesti ingat, tembakan tepat akan terkena TPM kita selepas PM Najib bersara iaitu kalau ada rezeki TPM sekarang di nobatkan sebagai PM selepas Najib. Hari ini Muhyidin jadi PM, esok akhbar harakah akan keluarkan tajuk muka depan akhbar tersebut. "Anak PM Malaysia hebat sebagai penyanyi" pada saya, tindakan membenarkan anak beliau menjadi seorang penyanyi merupakan satu point yang akan menjatuhkan maruah muhyidin sebagai mr clean.
    Maka sepatutnyalah, isteri Feriz menasihat kan anak TPM kita ni agar melupakan hasrat nak menjadi seorang penyanyi. Lebih baik kalau nak glamour, jadi macam fifi isteri sdr feriz, glamour jugak , tetapi dalam glamour, masih menutup aurat. Bagi Puan sri noraini, sudah amat sopan sekarang ni dengan bertudung menutup aurat, namun kalau boleh labuhkan sedikit tudung tersebut agar menutupi apa yang patut.

    komen ikhlas dari saya

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,

    Saya agak skeptikal dengan usaha meniup nafas pembaharuan kepada acara sukan dalam sistem pendidikan kita!

    Tapi pada masa yang sama menanti penuh harapan agar idea Tan Sri Muhyiddin dapat diterjemahkan menjadi realiti dan dilaksanakan dengan jayanya!

    ReplyDelete
  3. Dalam kita berasa selesa dengan apa yang di kecapi lewat ini.. seharusnya kita memperkasakan jentera akar umbi supaya tidak goyah menghadapi counter attack yang nescaya akan dilakukan oleh PR dalam masa terdekat..

    Program berunsur pembangunan ekonomi buat belia harus di beri keutamaan dalam memastikan kepercayaan tidak berbelah bagi mereka kepada kerajaan..

    Contoh terbaik semasa PRU yang lepas.. perang cyber yang dilancarkan betul2 mengubah persepsi belia yang boleh dikatakan IT Savvy kesemuanya terutama di kalangan mahasiswa dengan email, you tube dll dari PR yang sedikit sebanyak merobek kepercayaan golongan ini terhadapap kredibiliti pimpinan kerajaan Barisan Nasional.

    Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor merupakan negeri yang memiliki sejumlah besar IPT di negara kita yang tercinta ini menjadi sasaran mudah dalam memanupulasikan minda golongan mahasiswa..

    Justeru skuad IT BN haruslah menyusun strategi seaawal mungkin bagi menyampaikan mesej2 dan statistik yang menyakinkan agar dapat menghilangkan keraguaan golongan ini terhadap kerajaan

    Time to get the ball rolling!!!

    My 2 cents

    ReplyDelete
  4. Petikan asal dari blog
    Gerakan Anti PKR

    AKHIRNYA NAJIB, MUHYIDDIN DAN MT UMNO JUMPA GAP

    adaptor laptop aku dah rosak. tak boleh charge. tadi aku dah kuburkan dia ke tong sampah.sedih gak pasal adaptor charger aku dah banyak berjasa pada aku pada bangsa melayu pada islam. sedih, teman yang paling akrab banyak tolong aku dah ketemui ajalnya...manakan tidak, berejam setiap hari asyik on je.

    ni lari jap kat cyber cafe. takpe aku dah kaya boleh online kat cyber cafe 24 jam pasal dah masyuk...gap kaya sekarang pasal najib,muhyidin,mt umno,samy velu,liong sik,taib mahmood semua dan sponsor aku. dorang jumpa aku pagi tadi dalam upacara khas menghargai bloger jalanan macam aku..aku pergi sorang je.

    sumbangan cek RM35 juta daripada pemimpin umno untuk aku sorang pagi tadi, lepas najib jumpa raja norway.. aku cakap kat najib, janganlah bagi banyak-banyak nanti aku tak buat kerja. najib,muhyidin dan semua pemimpin umno dan bn cakap 'rilek gap'.

    ini cara kami hargai bloger jalanan macam kamu. 'serangan kau betul betul aku teruja' kata najib kat aku. dari segi serangan dan pendedahan dokumen membuatkan pakatan sikit lagi nak mati..silap aribulan sebelum pru ke 13..

    'saya suka cara kamu serang pemimpin pakatan' kata najib kat aku.bukan macam ada bloger playsafe dari inmind mahupun daripada JASA dan bos sengal dia fuad hasan, entah apa dia buat aku pun tak tau, keluh najib.

    'ini semua play safe punya bloger' kata najib....'apa barang bloger macam tu' sergah muhyidin sambil tepuk bahu aku..gila gila...macam lady gaga kembang kuncup aku dibuatnya bila pemimpin tertinggi umno akhirnya iktiraf bloger jalanan..

    ini private meeting..esok aku dapat lagi RM15 juta lagi daripada umno..total RM50 juta dalam maybank aku sekarang...tak payah lagi bising bising-bising nak jadi jaguh peniaga melayu yang nak mati pasal tak dapat MARA. shapie apdal pun tadi menggigil jumpa aku tadi,minta ampun kat aku. aku cakap takpe,kali ini dalam maybank aku ada RM50 juta, aku sendiri bagi loan dan grant pada peniaga melayu...

    tapi masa pertemuan ekslusif pagi tadi ada sikit tegang lah. najib,muhyidin,MT umno,samy velu bertegang leher nak amik aku jadi penulis upahan dorang.. wooo woo..aku cakap brader rilek jangan gaduh gaduh la..memang adakala aku belasah umno walaupun aku anti pkr, namun aku cakap kat dorang aku belasah pasal aku nak bagi peringat. bukan sembrono menonong balun..

    oh oh..ayat ini aku dengar daripada beberapa kerat pemimpin umno. dorang paham stail aku.
    ?
    ?
    ?
    ?
    ?
    ?
    ?
    ?

    haha.. bertuah la badan kalau pertemuan ni betul.. pedih tak telinga bila dengor aku kias macam ni..nak lagi pedih korang tunggu je la lepas ni...

    baik umno,pas,pkr,dap semua takkan terlepas dari balingan boomerang aku..sekali baling tiga empat kepala konpem kena penggal !

    aku kelentong korang je la pasal aku jumpa najib dan pemimpin tertinggi umno. mana ada dorang nak appreciate bloger macam kita nih..takpe hari ini hari dorang, namun esok lusa belum tentu menjanjikan itu hari mereka. get ready, untuk bertemu fasa ke dua serangan aku. gerakan anti pkr !

    aku nak tanya korang, dalam tangan aku ada dokumen yang melibatkan pemimpin pakatan dan umno bersekongkol..korang nak tak aku keluarkan ?

    ReplyDelete