Friday, November 12, 2010

HURAIAN "SEKULARISME = PERPISAHAN POLITIK DARI AGAMA?" DALAM KONTEKS SOSIO-POLITIK MALAYSIA

Memang benar bahawa sekularisme itu adalah tindakan pentadbir memisahkan agama daripada pentadbiran negara. Namun, bukan seperti yang dicedok bulat-bulat dari percakapan ramai iaitu "Sekularisme = Perpisahan Politik Dari Agama".


Senario ketidakseimbangan sosio-politik Malaysia hari ini sebenarnya berpunca daripada struktur politik asal (1952-1957) yang berasaskan perwakilan bangsa dan agama. Sesungguhnya, tanggungjawab mana-mana parti politik adalah ke atas ahli-ahli rakyat bangsanya dan AGAMA perlu menjadi KEUTAMAAN.


Dalam konteks ini juga, tidak kira PAS mahupun UMNO, Agama Islam perlu jadi Keutamaan dan Prioriti. Begitu juga dengan MCA untuk Buddha/Kristian dan juga MIC untuk Hindu/Kristian/Sikh.


Namun demikian, jika tanggungjawab asal ke atas ahli dan rakyat dipimpinnya tidak terbela, maka akar umbi yang menyokong parti politik itu akan goyah. Apatah lagi dalam keadaan parti politik itu seperti sebuah parti politik yang dikatakan memperjuangkan agenda Islam, di kebanyakan lokasi yang dipimpinnya itu kelihatan sampah sarap tidak terangkat, sistem peparitan sempurna tidak terbuat sehingga banyak kes taun dilaporkan, sumber air bersih tidak disalurkan dan seribu satu permasalahan rakyat kederangan saban hari. Maka itu juga tidak Islamik seperti yang dijanjikan. Mungkin ini berbeza dengan sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan agenda Melayu, yang mungkin jauh lebih berkemampuan.


Berdasarkan senario ini, dengan mudah kita dapat menyimpulkan bahawa perjuangan Islam-Melayu melalui "politik" akhirnya hanya akan menyekat pencapaian serta kejayaan yang boleh kita cipta untuk Islam. Pertumbuhan Islam itu juga terbantut kerana politik. Jika kita gambarkan politik itu hanya 20% daripada kejayaan negara dan bangsa, mana pula kejayaan yang boleh kita cipta melalui ekonomi, belia, pendidikan dan penyelidikan, sukan dan lain-lain lagi. Seingat saya, Tun M juga mencipta kejayaan bangsa Melayu melalui politik tetapi itu pun untuk sementara. Selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Melayu ternyata mudah lupa ! PAS pula memperjuangkan Islam melalui politik tetapi selepas berpuluh tahun, ianya masih tidak diterima majoriti.


Tetapi apa yang lebih membimbangkan pada hari ini adalah terdapat suatu persetujuan antara parti Islam-Melayu dengan parti-parti yang bersekongkol dengan jelas dengan kuasa besar Singapura-Yahudi yang bakal melenyapkan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia dari rantau Asia Tenggara.


Isu yang saya bangkitkan ini adalah untuk memecahkan ketaksuban kepada pemimpin agar kita semua dapat memikirkan nasib AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH AIR, MALAYSIA secara bersama.


" Bila Kita Menakluki Palestine,

Secara Tidak Langsung Kita Telah Menakluki Dunia ... "


GHAZWATUL FIKRI

www.ferizomar.blogspot.com

2 comments:

Orbee said...

Askm Sdr Feriz,

Ketaksuban sesaorang kepada sesaorang yg lain adalah berpunca kepada ilmu. Kejahilan, terutamanya ilmu Quran & hadith adalah punca utama.

Olih demikian, jalan terbaik untuk menghilangkan perasaan taksub, sesaorang itu perlu ngaji atau pelajarilah ilmu Quran & Hadith.


Untuk pengetahuan Sdr Feriz, bentang petahanan ke-3 yang Sdr nak tubuh & gerakkan itu bolih dijayakan dengan memastikan bahawa ilmu Quran hadith ini dapat diperluaskan seluruh negara. Saya sedang memikir satu tajuk kempen yang sesuai ke arah itu .... SATU MUBALIGH SATU KELUARGA. Apa pendapat Sdr Feriz?

Orbee said...

Askm Sdr Feriz,

SATU MUBALIGH... SATU KELUARGA. Inilah , pd pendapat saya, satu cara terbaik & berkesan untuk meyampai & menyebarkan ilmu agama Islam yang benar/haq kepada setiap individu dalam setiap keluarga Islam.

Satu persoalan akan lahir dari ibu bapa. Kalau anak aku jadi mubaligh, dia nak makan apa? Satu soalan yg berasas. Tapi mereka perlu ingat bahawa ALLAHlah yg memberi & menentukan rezki kpd sesaorang hambanya. Mereka perlu diberitahu bahawa "sesiapa yg melakukan sesuatu atas kehendak/ keredaan Allah tapi menerima kemarahan/tak disukai manusia, maka Allah penuhi keperluan sesaorang itu. Tetapi sesiapa yg melakukan sesuatu utk keperluan manusia tapi menerima kemarahan Allah, Allah serahkan segala2nya pada manusia" - Hadith.

Walaubagaimanapun kami akan usahakan yg "mubaligh" itu kelak akan diajar ilmu kemahiran utk mereka mendapatkan rezeki yg halal lagi barokah. Kami cadang untuk tubuhkan satu yayasan untuk tujuan tersebut. Harap ini dapat sokongan Sdr Feriz. Insya'allah