Monday, August 1, 2011

1 RAMADHAN 1432H - MASJID ABU BAKAR, JOHORE BAHRU, JOHORE


Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900.

Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembunaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir.

Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

Nota : Di sinilah Masjid idaman saya untuk Sembahyang Raya. Hanya nasib menentukan, kerana saya tidak mempunyai kenderaan untuk ke sini. Kalau ada rezeki, adalah yang menumpang saya ke sini.

Nota : Mimbar tembaga yang berpuluh atau mungkin sudah seratus tahun usianya yang sentiasa digilap berkilau. Di sudut hujung itu juga tempat Almarhum Sultan Iskandar selalu bersolat di belakang Imam Ma'had, Imam Besar Johor kesayangan Baginda Tuanku.


Nota : Ruang solat tengah dan utama di sebelah dalam. Kelihatan qariah menunggu azan Isya'.

Nota : Ruang solat dalam di sebelah kiri masjid. Terdapat juga ruang solat luar, tidak berdinding.

Nota : Lampu Chandelier yang lama tapi diselia dan dijaga rapi. Masih kelihatan baru.

Nota : Adakah ini Qiyam kita untukNya ?

Nota : Berdoa dan berserah kepada Allah swt dalam kehidupan. Nampaknya Bilal terasa pelik dan melemparkan renungan kepada saya.

Nota : Imam Muda yang menggantikan Imam Ma'had yang tidak memimpin malam pertama Ramadhan 1432H.

Nota : Solat jemaah lelaki muda dan dewasa - 1 Ummah 1Kiblat 1Rasul 1Allah !

Nota : Masjid Sultan Abu Bakar dengan 4 menara di atas bukit menghadap ke Selat Tebrau dan Singapura.

Nota : Dua Larangan Berkesan !
1. Bukan Islam sama sekali tidak dibenarkan masuk.
2. Telefon bimbit perlu dimatikan.

Nota : Papan Tanda Tunjuk Arah - Masjid Sultan Abu Bakar.

No comments: