Suasana Masjid Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini amat meriah dengan qariah anak-anak poli dan anak-anak pensyarah. Syukur 3 saf dapat dipenuhi bagi qariah lelaki yang memuatkan 50 orang / saf.
Pada hari Jumaat, jemaah akan melimpah sehingga ke luar dan ada juga yang bersolat di atas tanah.
Masjid ini menjadi tumpuan memandangkan lokasinya di antara Shah Alam, Subang dan Glenmarie.
Di samping itu, ruang letak keretanya pun luas ~ Ini salah satu masjid pilihan FO untuk Solat Jumaat !

No comments:
Post a Comment