Saturday, August 6, 2011

4 RAMADHAN 1432H - MASJID TUANKU MIZAN, UITM SHAH ALAM

Masjid ini bakal dirasmikan oleh DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Ogos 2011.
(Silakan hadir untuk berbuka puasa dan bersolat jemaah dengan DYMM Baginda Tuanku).

Masjid ini adalah masjid asal UiTM Shah Alam yang telah diubah-suai dan menara baru sebagai tambahan kepada bangunan asal. Berlengkap dengan sistem multimedia berteknologi tinggi, masjid ini bersedia menongkah zaman serba teknologi sesuai dengan keperluan generasi muda UiTM.

Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 4,000 orang pada satu-satu masa.

Tunggak utama masjid ini terdiri daripada pengurusan muda yang mudah didampingi.

Semasa Ramadhan, Imam hanya memimpin setakat 8 rakaat untuk tidak membebankan anak-anak MARA yang perlu menelaah pengajian masing-masing pada masa yang sama.

1 comment:

Anonymous said...

Bersyukurlah akhirnya terlaksana jua impian UiTM itu, tetapi jgn dilupa ada manusia yang berpenat lelah untuk itu diperas keringat...demi untuk memajukan anak bangsa...