Sunday, August 7, 2011

6 RAMADHAN 1432H - MASJID DARUL EHSAN, TAMAN TAR, AMPANG

Ini adalah masjid di Malaysia yang paling dekat dengan hati saya.

Selain daripada hubungan akrab dengan tunggak utama masjid, saya amat senang dengan ceramah/khutbah Nazir Masjid Syekh Muhammad Fuad bin Kamaluddin As-Sofa, yang juga Pengerusi Yayasan As-Sofa, Negeri Sembilan.

Masjid Darul Ehsan telah dibangunkan pada 1986 sebagai sebuah surau dan kemudian dinaik taraf kepada masjid pada tahun 1996.

Masjid ini dikategorikan sebagai Masjid Qariah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Sebagai Masjid Qariah, pembiayaan pembagunan dan pentadbirannya ditanggung oleh masjid sendiri, tanpa bantuan dari kerajaan atau badan-badan agama Islam.

Memperlihatkan kedudukan Masjid ini, ia adalah bukti kecemerlangan budaya kemuafakatan Qariahnya sejak ianya ditubuhkan.

Misi utama masjid adalah untuk menjadi pusat ibadah, dakwah dan pusat ilmu berlandaskan Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.

Antara kemudahan yang terdapat di Masjid Darul Ehsan Taman TAR termasuk:
- 2 ruang solat yang berhawa dingin
- Bilik pengurusan jenazah
- Pejabat
- Bilik mesyuarat
- Bilik tetamu
- Kuaters pegawai-pegawai masjid
- Tandas
- Lapangan letak kereta
- LCD-TV di sekitar masjid untuk siaran secara langsung dari ruang solat utama.


No comments: