PROWARIS MALAYSIA - Dari http://www.umnoreform.com/
http://www.umno-reform.com/urnews1/zamzuri_prowaris.htm
"Telah lama juga saya ikuti perkembangan PROWARIS dan telah lama saya ingin mengambil kesempatan untuk menulis pandangan.PROWARIS yang dahulu kehadirannya disambut dengan penuh syak wasangka oleh Komuniti On-Line UMNO-Reform dan laman web PAS, Marhaen dan sebagainya, kini telah diterima ramai.
Di samping daripada pengurusan yang mantap, Barisan Peneraju PROWARIS yang diketuai oleh Feriz Omar bijak mengatur langkah memposisikan diri mereka supaya diterima oleh media-media semasa.
Ramai yang masih lagi tertanya-tanya apakah formula mereka. Yang jelas kelihatan mereka Pro-Kerajaan namun kalau dikaji daripada kenyataan mereka, PROWARIS ternyata tidak sealiran dengan kenyataan-kenyataan HAMBAR yang dikeluarkan oleh sayap-sayap UMNO, terutamanya Pemuda UMNO Malaysia.
Pernah juga terdapat siri artikel yang membandingkan Pemuda UMNO dan PROWARIS, Datuk Hishamuddin dengan Feriz Omar, di mana kedua-duanya adalah anak kelahiran Johor. Yang lebih menarik adalah Feriz Omar ini dikatakan anak saudara Musa Hitam dan anak didikan Datuk Shahrir Samad, seorang tokoh rakyat yang tiada tolok bandingannya di kalangan pemimpin-pemimpin seluruh Malaya.
Shahrir telahpun diangkat sebagai pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan kini anak didikannya pula mengambil alih kedudukan tersebut.Apa yang telah mendorong saya menulis di sini adalah perjuangan Feriz Omar semakin menjadi-jadi apabila beliau diterima sebagai Pengantara program bual bicara tegas atau "Hardtalk" Malaysia.
Melalui hujah-hujah beliau, Feriz Omar kini sudah menampakkan kesungguhannya untuk memperjuangkan nasib rakyat. Demikian katanya "Sesungguhnya Hujah Saudara Adalah Hujah Saya" sedang menghantui dan menjadi bualan ratusan golongan pelapis kepimpinan muda terutamanya Ahli-Ahli Majlis Perwakilan Pelajar di peringkat universti IPTA mahupun IPTS.
Melalui kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presidennya juga, Barisan Peneraju PROWARIS menampilkan suatu imej yang mantap lagi bijaksana.
Bukan seperti NGO-NGO lain seperti Promuda yang sudah lagi tidak dapat membezakan perjuangan berbentuk emosi dan objektiviti.
Bagi saya, PROWARIS Adalah Pilihan Saya, dan Feriz Omar Adalah Pemimpin Harapan Saya ..."SESUNGGUHNYA HUJAH SAUDARA ADALAH HUJAH SAYA"
ZAMZURI ALIAS
zam73@yahoo.com
Kolej Si Manjakini
UiTM Johor

JUN 7, 2006
Siaran HUJAH TV9 menampal sedikit kecederaan media Perdana
by UMNO-REFORM
Jun 2006
oleh: Mohamed Zaidi Hamzah
Saya mulanya terkejut melihat poster yang tersiar tempoh hari mengenai perbincangan media aternatif dan media arus perdana dengan meletakkan Ketua Pengarang Laman ini, Anuar Md Nor sebagai salah seorang panel dengan Datuk Azman Ujang - veteran media, Ketua Editor Bernama.
Sehingga hari siaran - walaupun saya jarang sekali buka TV9 tetapi hari itu saya mahu melihat samada jadi atau tidak rancangan tersebut. Rancangan kelolaan Feriz Omar mengundang sedikit kecuakkan dari saya kerana seperti yang kita maklum laman umno-reform.com ini terlampau terbuka dalam mengkritik kerajaan dan Umno sekali.
Bagi saya kemungkinan rancangan itu dibatalkan pada saat akhir hampir pasti.
Akhirnya cuak saya hilang bila melihat - rancangan Hujah memaparkan pengarang laman ini dengan Ketua Editor Bernama tersiar di TV. Saya tidak pasti siapa yang membuat undangan atau menentukan siapa yang patut bertanggungjawab membuat jemputan bagi menjadi panel tetapi tindakan memanggil Pengarang Laman ini menunjukkan keberanian producer rancangan itu untuk memaparkan pendapat berbeza dari
hanya mendengar berita dari media perdana.
Nyata dalam perbincangan itu rancangan HUJAH menepati selera masa kini. Kenyataan Datuk Azman yang menyokong tumbuhnya media alternatif bagi saya adalah kenyataan berani sungguhpun dibuat secara berhati - hati.
Sungguh malang rancangan itu terlampau singkat sehingga nampak pendapat kedua-dua panel itu tidak sempat mengeluarkan pendapat secara menyeluruh. Saya puji sikap dan tindakan moderator atau pengerusi rancangan itu yang tidak berat sebelah. Bagi saya beliau lebih baik dari Datuk Johan Jaafar yang mahu menonjolkan yang beliau lebih Umno dari Umno. Mungkin kerana itu rancangan itu diberi waktu yang agak lama.
Apa yang saya nampak rancangan Hujah itu lebih terbuka dari talk show yang lain dan mampu berkembang sebagai rancangan yang menampal sedikit kekurangan dalam Media arus perdana yang selama ini bertindak berat sebelah dan tidak seimbang. Saya juga mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarang Laman ini kerana tetap mempertahankan kebebasan bersuara sungguhpun kerajaan gerun dengan perkataan tersebut. Bagi Ketua Editor Bernama saya syorkan agak beliau mula memperjuangkan apa yang dirasa beliau benar dan tidak terikat dalam skop dan kerangka kuasa-kuasa politik.
Saya ucapkan setinggi tahniah kepada TV 9 kerana bertindak keluar dari norma yang sedia ada. Saya ingin mensyorkan agak Hujah dipanjangkan masa dan kita saksikan pula topik menarik dan kontroversi yang tidak mahu di bicarakan dalam media-media arus perdana.
Sekian
* gambar hiasan oleh www.umno-reform.com
* saya dimaklumkan bahawa cadangan panel datang dari Sdra Feriz Omar sendiri - harap soalan sdra terjawab dan Terima Kasih
JUN 17, 2007
HARAKAHDaily.net
Rais Satimin Tue Jun 26, 07 5:01:08 pm MYT
Pada 15-16 Jun 2007 menyaksikan suatu acara yang mengundang pelbagai reaksi dan emosi rakyat terhadap kenangan serta jasa yang dicurahkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Malaysia yang Kedua.
Sekalipun ia adalah acara yang dikendalikan oleh Pemuda Umno Malaysia, ia berjaya menarik kehadiran pelbagai parti politik, ahli-ahli koperat serta badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti ProWaris Malaysia.
Dalam sesi-sesi yang disertai oleh para hadirin, ramai tokoh kepimpinan muda yang menampilkan pandangan radikal yang berani mempelbagaikan pendekatan kepimpinan organisasi-organisasi Melayu yang kepada sesetengah penganalisis seperti, sudah hambar, tidak relevan dengan suasana hari ini dan perlu diberi nafas baru.
Kehadiran ProWaris dalam sesi soal jawab dalam forum bersama 2 tokoh politik yang disegani Umno iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam sudah diramalkan akan berlaku pertembungan hangat.
Menyedari falsafah perjuangan ProWaris yang "apolical" iaitu sanggup menegenepikan perbezaan falsafah politik demi mencapai Agenda Melayu dan Islam, ramai yang menantikan isu-isu yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris sendiri iaitu Feriz Omar.
Sekalipun ucapan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan Malaysia disingkatkan oleh Datuk Mohd Annuar Zaini selaku moderator untuk sesi tersebut, Presiden Prowaris itu telah berjaya mengupas isu sebenar Bangsa Melayu hari ini berbanding dengan Bangsa Melayu ketika pentadbiran Allahyarham Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Katanya, "sesungguhnya cabaran Allahyarham Tun Razak untuk menyatu-padukan bangsa Melayu, Cina dan India adalah TIDAK BEGITU MENCABAR kerana rakyat Malaysia pada ketika itu rata-rata bermentalitikan "HERD SOCIETY" yang bermakna sentiasa mengikut arahan pemimpin".
Fakta yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris itu adalah benar kerana rakyat Malaysia hari ini adalah ternyata jauh lebih berbeza kerana hari ini golongan cerdik -pandai semakin ramai dan tidak putus-putus mengkritik mempersoalkan dasar kerajaan.
Feriz dengan lantang menyatakan bahawa, "ini jelas dan nyata kerana Melayu hari telah berpecah tiga iaitu UMNO, PAS dan Keadilan".
Beliau kemudiannya merujuk kepada Perkara 43 halaman 19 dalam ucapan Tengku Razaleigh yang tidak sempat habis disampaikan oleh Tengku, "Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka.
Apa-apa desakan atau tuntutan yang tidak dapat disuarakan secara terus terang oleh parti Cina dalam Barisan Nasional, tuntutan itu akan dilancarkan oleh parti Cina yang lain, misalnya Parti DAP, atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cina, iaitu Dong Ziao Jong atau Shiu Qiu yang cukup besar dan berpengaruh, disegani atau digeruni oleh parti MCA, Gerakan dan DAP.
Tidak ada parti politik Cina yang berani menggertak atau mencegah kedua NGO Cina daripada bersuara menentang atau mengkritik kerajaan atau menuntut itu dan ini daripada kerajaan.
Feriz lantas melaungkan, "sesungguhnya hak perjuangan Agenda Melayu adalah bukan 100% hak mutlak UMNO; perjuangan Agenda Islam adalah bukan 100% hak mutlak PAS; dan perjuangan menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat. "
Laungannya yang lantang mendapat tepukan gemuruh dari seluruh ruang dewan.
YBM Tengku Razaleigh mengakui bahawa itu adalah kenyataan yang tepat dan sesungguhnya kita perlu menggerakkan NGO-NGO Melayu untuk lebih berani tampil dan pada masa yang sama, Bangsa Melayu perlu memberi sokongan penuh ke atas NGO-NGO Melayu demi Agenda Melayu dan Islam.
Tidak habis dengan isu pertama, Presiden ProWaris itu menerjah dengan soalan mengenai Isu Wilayah Pembangunan Iskandar, suatu persoalan yang ditujukan khas kepada YABhg Tun Musa Hitam.
Katanya, " .... Sir, in the past few months you have been aggressively promoting Iskandar Development Region (IDR). If today we are celebrating Tun Razak, a leader who is claimed to be a democratic leader who would seek people's opinion before making decision, what would he say to you if he were still alive today?"
Tun Musa yang mungkin tidak sangka akan isu WPI dibangkitkan dalam acara menghargai Allahyarham Tun Razak terpaksa membuka bicara dengan satu lawak jenaka kononnya untuk menenangkan suasana dewan, "pasal soalan kedua tu, kita kurang faham kerana Feriz bercakap orang putih ...." dengan harapan mengalihkan pandangan ramai.
Tanpa dijangka, Presiden ProWaris itu menuju ke mikrofon lantas berkata, "... Tun kalau tak faham, saya boleh terjemahkan satu persatu, atau Tun saja buat-buat tak faham ..." untuk mengelakkan Tun Musa dari menepis isu sebenar WPI.
Pada ketika itu, suasana dewan menjadi sepi seketika.
Seluruh dewan terperanjat dengan kenyataan Tun Musa setelah itu. Katanya, " . . . . sorry, Feriz I am not trying to expose you here, but mungkin tuan-tuan dan puan-puan tidak tahu bahawa Feriz Omar adalah ahli keluarga saya sendiri .... dan oleh itu saya terpaksa menjawab isu WPI ini".
Katanya dengan ringkas, "WPI adalah sebenarnya suatu projek terancang untuk mengantarabangsakan Malaysia. Pendekatan cara sebegini diiktiraf oleh Tun Ismail sendiri berpuluh tahun dahulu bahawa ia adalah pendekatan terbaik untuk kita membuka ruang dengan negara-negara jiran agar "berunding-niaga" secara diplomatik dengan tujuan memposisikan ekonomi negara berdasarkan kemudahan infrastruktur seperti lapangan kapal terbang, lebuhraya dan pelabuhan yang terbina dengan pelaburan kerajaan yang berbilion ringgit".
Dalam suatu sesi saya bersama Feriz selepas forum tersebut, beliau menyatakan bahawa, "Isu yang ditujukan sebenarnya bukan kerana Melayu menolak mana-mana pembangunan negara tetapi hari ini, Rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu masih tidak puas hati dengan kerajaan yang sentiasa lari daripada berdiskusi dengan Rakyat. Terimalah hakikat bahawa Bangsa Melayu tidak mahu kerajaan melakukan kesilapan yang sama dalam membangunkan Georgetown dan Kuala Lumpur."
"Tidak kira sama ada saya adalah cucu kepada Tun Musa atau tidak, ini persoalan kerisauan Bangsa Melayu terhadap sebuah pembangunan di tanah nenek moyang Melayu Johor yang asal-usul tertubuhnya Malaysia dan menjadi kubu terkuat kepimpinan Melayu pada hari ini," tegasnya.
Pada pandangan saya, ini adalah suatu insiden yang perlu dirakamkan kerana ia adalah realiti sebenar evolusi politik Melayu yang bercanggah dengan "trend" kepimpinan Melayu Muda yang lain. Dalam pertembungan Feriz-Tun Musa itu, kita tidak lihat situasi yang boleh dikatakan biadap atau bersikap kurang ajar tetapi suatu tindakan tegas Melayu Muda dan dibuat untuk memastikan masej itu sampai kepada Tun Musa.
Hari ini, kita lihat bahawa kepimpinan Melayu Muda terlalu terikut sangat dengan tradisi lama, kepimpinan Melayu yang takut menegur kepimpinan tertinggi Melayu apatah lagi daripada keluarga sendiri. Mungkin kerana takut "KEHILANGAN BANTUAN TANGAN GHAIB" atau "KEHILANGAN KEDUDUKAN DALAM PARTI".
Kita nanti saja bila KJ berani membidas Pak Lah; atau pandangan Mukhriz tidak lagi sealiran dengan Tun Mahathir.
Itu pun kalau mereka berani...atau takut tak dapat mencium kerusi Perdana Menteri. _

MAC 22, 2008
Oleh Qaiyum.net
http://qaiyum.net/2008/03/22/perjuangan-prowaris/
Pasti nama organisasi ini pernah anda dengari dan perhati. Kemunculan organisasi ini memuncak pada Pilihanraya Umum Malaysia yang lalu. Di bawah kepimpinan Presidennya saudara Feriz Omar telah muncul berkali-kali di kaca televisyen bagi berkongsi ilmu dan perjuangan mereka di samping menjadi pemerhati dan penganalisis politik tanahair. Namun perjuangan mereka hari ini bukan setakat untuk ‘memerhati’ sahaja. Perjuangan mereka lebih jauh dari itu.
Kumpulan ini sudah lama bertapak. Bermula dalam ruang linkup yang kecil yang terdiri daripada kumpulan Melayu Profesional yang bekerjaya sebagai akauntan, jurutera, ahli perniagaan, dan lain² bidang profesional yang wujud. Walaupun latar belakang organisasi ini seperti ‘agak’ berpihak kepada kerajaan BN dan UMNO melihat kepada pautan-pautan yang diletakkan di laman web mereka, namun ini tidak bermakna mereka sealiran dengan barisan itu. Perjuangan mereka adalah semata-mata nasib bangsa Melayu dan Islam. Semangat cintakan tanah air adalah asas nombor satu diletakkan dan ideologi politik sebelah pihak tidak diutamakan. Mereka berjuang atas dasar kegemilangan bangsa dan negara Malaysia. Tiada ideologi golongan UMNO dan tiada ideologi PAS. Lihat sahajalah kritikan² yang dilontarkan oleh mereka kepada kerajaan hari ini. Mendesak PakLah supaya berundur, menyatakan kebenaran dengan lantang tanpa menghiraukan ISA atau ancaman yang datang.
Jika diperhatikan semasa analisis pilihanraya 8 Mac di TV3 yang lalu, saudara Presiden ProWaris yang diundang bersama² ahli panel lain tidak berada di kerusinya hingga ke akhir rancangan. Nampak sudah bahawa ada antara ‘mereka’ di luar sana tidak senang dengan komen² beliau. Lantang, pedas namun jujur. Namun organisasi ini tidak mengkritik secara membabi-buta semata-mata. Sebarang kritikan atau komen yang dikeluarkan terhadap kerajaan atau dasar² kerajaan adalah hasil gigih analisis dan kajian mereka. Sebagai contohnya berkenaan dengan dokumen Merah-Hitam Tuntutan 20 ProWaris - Mapan terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah dokumen yang dikeluarkan ProWaris yang mengkaji kesan baik-buruk pembangunan wilayah itu di negeri Johor. Namun ianya telah ditolak mentah² oleh pihak Kerajaan.
Beberapa hari lepas juga laman web ProWaris.org telah disekat aksesnya oleh pihak tertentu. Siapa yang mensabotaj tidak dapat dipastikan. Hmm.. Begitulah antara ancaman dan halangan orang yang berjuang atas nama bangsa dan negara tercinta. Pasti ada yang mencantas dan memintas. Welcome to the real world…
Saya telah bersama² organisasi ini semasa di bangku Universiti lagi. Tetapi tidak secara aktif. Hanya sekadar menerima e-mel² dari pihak ahli² organisasi yang memberikan luahan idea dan pendapat kritikal mereka terhadap situasi politik, ekonomi, pendidikan, dan segala yang berkaitan dengan bumi Malaysia ini. Selamat berjuang kepada mereka. Saya masih lagi berada disini. Memikirkan adakah saya akan kembali berjuang di landasan atas nama Melayu ini lagi? Jika saya ingin kembali, maka perjuangan saya pastilah dengan organisasi ini.