February 4th, 2006
Barisan Peneraju Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (ProWaris) memandang serius ke atas kecaman yang dibuat oleh Thaksin terhadap Malaysia sebagai pusat latihan ketenteraan untuk militan Islam di selatan Thailand.
ProWaris, sebuah kumpulan diskusi informal yang disertai oleh golongan profesional Melayu merasakan betapa perlunya kita bertindak secara matang terhadap kenyataan Perdana Menteri Thailand itu kerana setiap jawapan balas daripada Malaysia akan menarik perhatian kuasa-kuasa asing yang sentiasa mencari alasan untuk merusuh negara lain dengan tujuan sebenar untuk menjajah.

ProWaris yang diterajui oleh 2 Peneraju Utama, Feriz Omar dan Wan Jauhari Ismail ditemuramah mengenai kenyataan yang dibuat oleh Thaksin Shinawatra, Perdana Menteri Thailand selepas diskusi tertutup Barisan Peneraju ProWaris kelmarin.
Kelmarin, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah menafikan kenyataan Thaksin dengan menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah pangkalan yang boleh digunakan oleh kumpulan-kumpulan militan yang mempunyai rancangan tindakan terhadap mana-mana negara.
Wan Jauhari menyatakan “Masyarakat dunia sedia maklum bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang begitu harmonis sekalipun mempunyai komposisi bangsa dan agama yang pelbagai. Tidak ada senario berbentuk provokasi di tengah-tengah suasana harmonis negara kita yang memaksa Malaysia untuk melatih militan Islam di Thailand”.
Feriz Omar pula merasakan bahawa Thaksin seharusnya berbincang dengan Kerajaan Malaysia dengan mengemukakan bukti-bukti sahih sebelum membuat kecaman sedemikian. Sekiranya kecaman Thanksin tidak disusuli dengan bukti-bukti kukuh, Perdana Menteri Thailand itu perlu membuat kenyataan antarabangsa untuk menarik balik tuduhan ke atas Malaysia.
Apabila ditanya mengenai pandangan parti-parti pembangkang, Feriz menjawab “Dalam keadaan seperti ini, kita juga mahu melihat semua parti siasah di dalam Malaysia menyokong bantahan yang dibuat oleh Pak Lah bahawa sesungguhnya kenyataan yang dibuat oleh Thaksin adalah sama-sekali tidak benar”.
“Ada baiknya dalam hal seperti ini, kita mengenepikan perbezaan falsafah dan pandangan politik di antara parti-parti komponen Barisan Nasional dan parti-parti pembangkang dengan mengeluarkan kenyataan konsensus demi kesejahteraan negara dan bangsa Malaysia” ujar Feriz lagi.
Barisan Peneraju ProWaris menyeru parti-parti pembangkang terutamanya PAS (oleh kerana faktor geografi sempadan Kelantan-Thailand) untuk mengeluarkan kenyataan menyokong bantahan Pak Lah sesungguhnya kenyataan yang dibuat oleh Thaksin bahawa Malaysia adalah pusat latihan ketenteraan untuk militan Islam di selatan Thailand adalah sama-sekali TIDAK BENAR.
ProWaris menjemput mana-mana individu dan kumpulan-kumpulan yang ingin membincangkan isu di atas secara terbuka. Bagi yang berminat sila layari laman web PROWARIS di www.prowaris.org dan daftar di prowaris@yahoogroup.com untuk menyertai forum diskusi melalui internet.
“KEMENANGAN MELALUI PEMIKIRAN STRATEGIK DAN GERAKAN EFEKTIF”
No comments:
Post a Comment