Tuesday, May 12, 2009

MELAYU PASCA LIBERALISASI EKONOMI

UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi : Selasa, 12 Mei 2009, Muka 10)

GENAP 10 tahun, Malaysia sekali lagi terpaksa menempuh krisis ekonomi dunia. Krisis terakhir sekitar 1997-1999 yang dirancang oleh penyangak mata wang, George Soros. Tindakannya telah mengakibatkan nilai ringgit menyusut kepada RM4.50 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (secara purata 1996: AS$1 = RM2.50). Malaysia yang ketika itu di bawah era Tun Dr. Mahathir Mohamad, terpaksa melaksanakan dasar kawalan modal (capital control) yang amat ketat.

Namun kini, di tengah-tengah kemelut ekonomi paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan liberalisasi ekonomi - suatu pendekatan berlawanan dengan strategi Tun Dr. Mahathir bagi mempertahankan ekonomi Malaysia.

Selayang pandang terhadap liberalisasi ekonomi, ia seolah-olah merugikan orang Melayu kerana syarat kuota 30 peratus pegangan saham bumiputera dalam 27 sektor ekonomi kini dihapuskan.

Sebenarnya, Malaysia sudah berada dalam situasi 'keterpaksaan' dan sedikit 'terkebelakang' dalam mengotakan janji dengan negara-negara serantau untuk menarik pelaburan asing langsung (FDI) ke ASEAN melalui liberalisasi ekonomi.

Data-data ekonomi terperinci juga menunjukkan bahawa Singapura dan Thailand yang melaksanakan liberalisasi ekonomi jauh lebih awal dari Malaysia berjaya mempamerkan tahap pemulihan ekonomi yang tinggi. Tetapi, di manakah Melayu pasca liberalisasi ekonomi ini?

Selain daripada kekuatan Melayu melalui institusi pelaburan gergasi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji, sebenarnya Melayu hari ini bertaburan dalam pelbagai sektor ekonomi sehingga susah untuk melihat dominasi dalam sesebuah industri secara spesifik.

Kalau dahulu di bawah era Tun Dr. Mahathir-Tun Daim Zainuddin melalui struktur ekonomi 'payung', kita dapat melihat antara lain enam ikon usahawan Melayu terkenal iaitu Tan Sri Wan Azmi (L&G), Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Group), Tan Sri Tajuddin Ramli (MAS), Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad (DRB-Hicom), Tan Sri Rashid Hussain (RHB Group) dan Tan Sri Halim Saad (Renong) yang bukan hanya jaguh dalam industri masing-masing di Malaysia tetapi juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Malangnya hari ini, hanya beberapa ikon usahawan Melayu yang dilahirkan. Komuniti kecil ini tidak semantap ikon terdahulu kerana kekuatan mereka lebih tertumpu di dalam negara dan banyak bergantung harap kepada kerajaan.

Apa yang ingin saya hurai mengenai senario di atas ialah Melayu tidak semestinya perlu mendominasi sesebuah industri secara spesifik. Dominasi ekonomi Melayu secara spesifik juga menjadikan kelompok usahawan Melayu seperti sitting-duck (sekawan itik) yang mudah dicantas oleh pesaing-pesaing bukan Melayu mahupun sebangsa dengannya.

Kita hari ini juga perlu sedar bahawa sebilangan besar Melayu bukanlah daripada keluarga yang dapat menyediakan modal untuk berniaga seperti kaum-kaum lain. Saya lahir dalam keluarga yang pernah hidup di bawah garis kemiskinan, berasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadi seorang profesional yang berjaya dengan hanya bermodalkan tulang empat kerat dan akal yang diisi dengan ilmu pengetahuan tajaan kerajaan Malaysia.

Atas alasan supaya Melayu tidak tertumpu hanya pada sektor ekonomi tertentu dan supaya tidak terus alpa dengan kedudukan keluarga yang tidak bermodal untuk berniaga, usaha bagi melambakkan tenaga profesional dan vokasional perlu ditingkatkan.

TIGA PROFESIONAL SETIAP KELUARGA

Jika Tun Dr. Mahathir pernah melaungkan saranan "Ke arah 70 juta penduduk" bagi menampung strategi pembangunan negara, saya pula ingin menyarankan agar kerajaan pimpinan Najib-Muhyiddin menumpukan perhatian untuk melahirkan tiga profesional bagi setiap keluarga Melayu.

Ini kerana hari ini, secara purata, seseorang profesional mampu mengumpul aset sejumlah RM1 juta apabila mencecah umur 40 tahun. Mengikut penganalisisan kami, jika enam ikon Melayu yang dilahirkan sewaktu era Tun Dr. Mahathir-Tun Daim mempunyai aset berjumlah RM1 bilion setiap seorang, jumlah aset terkumpul adalah RM6 bilion.

Jumlah aset sebanyak RM6 bilion ini sebenarnya memerlukan hanya 6,000 orang profesional dari puluhan ribuan siswazah yang keluar dari lebih 100 IPTA dan IPTS setiap tahun. Yang pasti, di kalangan 6,000 profesional tersebut akan lahir beberapa individu yang menyerlah sebagai ikon usahawan Melayu terkenal.

Dengan wujudnya senario tersebut, lambakan profesional Melayu dalam pelbagai sektor ekonomi secara tidak langsung mengurangkan risiko dicantas; merapatkan jumlah golongan kaya dan miskin; dan meneruskan budaya ekonomi 'payung' yang membimbing ribuan generasi pelapis ekonomi Melayu akan datang.

Kesimpulannya, Melayu pasca liberalisasi ekonomi perlu merebut pendedahan pengalaman dalam 27 sektor ekonomi yang dipegang oleh pelabur asing.

Pendedahan yang baik sebenarnya boleh diolah menjadi senjata untuk bersaing dalam penyelidikan, penghasilan produk, pembinaan dan penyediaan perkhidmatan yang berkualiti menjangkaui piawaian antarabangsa.

Akhirnya, Melayu bukan hanya mendominasi pelbagai sektor ekonomi tetapi menjadi jaguh di peringkat dunia dan tidak lagi bergantung kepada kerajaan.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

(ENGLISH VERSION)

THE MALAYS, POST ECONOMIC LIBERALISATION

After exactly a decade, Malaysia is again facing a global economic crisis. The last crisis was around 1997-1999, planned by George Soros, an international currency rogue (speculist). His actions resulted in the Ringgit to de-value to RM4.50 for every US dollar (A 1996 average of : U.S. $ 1> RM2.50). Malaysia, that was then under the era of Tun Dr. Mahathir Mohamad, had to implement strict and unorthodox capital controls.

Now, in the midst of the worst economic crisis since the Second World War, Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, had announced the liberalisation of the economy - an approach completely opposite to Tun Dr. Mahathir’s strategy to sustain the Malaysian economy.

At a single glance of the approach towards economic liberalization, it can be interpreted as being detrimental towards the Malays as the 30 percent quota of Bumiputera shares in 27 economic sectors are now being eliminated.

The fact is infact, Malaysia is already in a 'forced' situation and a little 'behind’ in fulfilling the promises within the regional countries to attract foreign direct investments (FDI) to ASEAN through the economic liberalisation.

The detailed economic data too showed that Singapore and Thailand which had implemented the economic liberalisation earlier than Malaysia had shown a successful economic recovery. But, where do the Malays stand in this post economic liberalisation?

Apart from the strength of Malays revealed through giant investment institutions such as Permodalan Nasional Berhad (PNB) and Tabung Haji, Malays today are scattered in various economic sectors which makes it difficult to see their domination in any one specific industry.

Reminiscence to the era of Tun Dr. Mahathir- Tun Daim Zainuddin, spearheading the 'umbrella' economic structure (concept), we were able to distinguish 6 prominent Malay industrial icons, Tan Sri Wan Azmi (L & G), Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Group), Tan Sri Tajuddin Ramli (MAS), Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad (DRB-Hicom), Tan Sri Rashid Hussain (RHB Group) and Tan Sri Halim Saad (Renong) that not only champions in their respective industries in Malaysia, but was also able to compete abreast internationally.

Unfortunately today, only a few Malay businessmen icons have been born since. This minute community is not as resilient as the previous icons because their strength is only concentrated domestically and rely too heavily on the government (contracts).

What I wish to elaborate to the scenario above is that the Malays may not necessarily dominate a specific industry. Such incompetitive economic dominance may also make them as ‘sitting-ducks’ that can easily be eliminated by non-Malay competitors and even among the Malays themselves.

Today we also need to be aware that a large number of Malays are not from privileged families who are able to grant business capital unlike other ethnic groups in Malaysia. I was born into a family that once lived below the poverty line, I feel very grateful to Allah SWT that I have achieved in becoming a successful professional through physical hardship, perseverance and filled intellectually from education courtesy of the Government of Malaysia.

In order to make the Malays not to linger in the same industry and not to be bogged down to the fact that their families aren’t able to assist in business capital, efforts to produce and overflow professional and vocational workforce need to be enhanced.

THREE PROFESSIONALS IN EVERY FAMILY

If Tun Dr. Mahathir had inspired a call for "Achieving 70 million population" as a national development strategy, a self sustaining nation, I also want to suggest that leaders of the Najib-Muhyiddin government to devote attention to produce three professionals in every Malay family.

I say this today because an average professional is able to gather assets amounting RM1 million upon reaching the age of 40. According to our analysis, if the six icons Malay born during the era of Tun Dr. Mahathir-Tun Daim have assets of RM1 billion each, the number of collected assets by them is RM6 billion.

To gather RM6 billion in assets in actual fact just needs 6000 professionals from the tens of thousands of graduates from more than 100 public and private learning institutions each year. Consequently, among the 6,000 successful professionals there will be some ‘Star’ that may shine to be Malay corporate icons as well.

In such scenario, the surplus of Malay professionals in various economic sectors, reduce the risk of being eliminated/ sidelined; reduce the disparity of the rich and poor, and continue the 'umbrella' economic-culture by guiding the future generation of Malays of the future.

In conclusion, the Malay of post liberalisation needs to seize and expose themselves in the 27 economic sectors that are being held by foreign investors.

Good exposure can actually be moulded into a weapon to compete in the research, manufacturing, and services quality surpassing international standards.

Finally, Malays will not only dominate various economic sectors but they will also be global conquerors recognized highly in the world and no longer depend on the government.

FERIZ OMAR is President of Pertubuhan Profesional Malays dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Translated and edited by Feriz Omar for Malaysia (FOM) Campaign Team

2 comments:

Ariff - Aseambankers said...

12 May 2009, 11.22 am

Dear Feriz

As much as we want professionals to be leaders, it is good if they have empathy, street smart, well defined principles and agenda for the people and not merely book smart.
Though our relationship is relatively new, I do think you have these virtues, so I do hope you are able to spread your principles and values to other professionals who have potentials.

More often than not just because they are good in an area, automatically they think they can be good leaders. Their virtues are important as well.

Ariff - Aseambankers

ABC said...

Melalui DEB Profesional Melayu sengaja dibentuk atas sesalan akibat keadaan yang sengaja dibentuk penjajah. Tidak boleh dinafikan Brittish hanya mahukan Melayu yang lebih pandai sedikit dari ibubapa mereka dan paling tinggi yang dicapai ialah menjadi kerani di pejabat-pejabat. Apabila Peristiwa 13 Mei berlaku maka kesedaran timbul untuk menjana apa yang telah tertinggal umpamanya bilangan doktor, jurutera dan lain-lain apatah lagi usahawan. Kajian menunjukkan bahawa penjanaan melalui DEB agak perlahan dan juga mungkin disebabkan ketirisan integriti angka yang cuba dicapai menjadi meleset. Atas kesedaran itu Dr Mahathir membawa praktikaliti dari Jepun di atas nama Sogoshosha. Gagasan ini menjadi serampang dua mata dimana penjanaan profesional diikuti dengan penyediaan ruang untuk bertindak. Beberapa usahawan Melayu berketrampilan telah mula diberi peluang menjadi penjaga kepada Syarikat GLC dan mereka wajib menjadi payung kepada usahawan vendor. Apa yang kita lihat ialah terdapat perubahan besar malah kadang-kadang perubahan dasar apabila pemimpin bertukar. Pertukaran kepimpinan seharusnya tidak akan mengubah dasar dan hal tuju kerana hal yang telah dilaksanakan itu merupakan hal rasmi yang telah diluluskan oleh pembuat dasar. Masalah ketirisan fungsi GLC malah juga dikaitkan dengan kemerosotan integriti peneraju GLC menjadi penghambat kepada suatu program besar ini. Kadang-kadang tugas Usahawan GLC ini menjadi lebih berat apabila terpaksa terlibat dalam "social responsibilities" yang tidak tertanggung oleh mereka berbeza jika mereka ini menerajui syarikat keluarga sendiri yang kurang perlu memikirkan persoalan-persoalan dan tanggungan seperti itu.