Thursday, August 4, 2011

2 RAMADHAN 1432H - MASJID SULTAN SALAHUDDIN

Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408H.

Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Ia terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam.

Sultan Salahuddin menitahkan masjid baru dibina utk 20,000 jemaah, sejajar dgn ramalan penduduk di Shah Alam iaitu 250,000 orang menjelang 2000.

Perancangan & pembinaan masjid ini ambil masa selama 12 thn diantara 1975-1988.

Struktur masjid ini kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli.

Pembinaan masjid RM160 juta di atas tapak seluas 35 ekar ini bermula pada 1 Oktober 1983.

Sultan Salahuddin telah sumbang idea & pandangan di samping 4 lampu 'chandelier' berharga lebih RM2 juta (direka oleh Sultan) & jam antik berumur 600 thn bernilai RM200,000. Dikatakan, Sultan juga sumbang elaun baginda selama 4 bulan kpd masjid ini.

Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah yang dibuat dari aluminium dan disaluti emas itu mampu bertahan beratus tahun lamanya.

Kubahnya berwarna biru dan latar belakang kelabu dengan tulisan khat oleh Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi (Mesir) menjadikan masjid ini salah satu daripada masjid terindah dan antara paling unik di dunia.




1 comment:

Anonymous said...

subhanallah~!

*salam ziarah. saya follow sini :)