Sunday, December 4, 2005

BERITA HARIAN : PROWARIS KELUARKAN MEMORANDUM MENGENAI B.P.R. & M.A.S.

December 4th, 2005

1. BPR PERLU DILETAKKAN DI BAWAH KUASA DYMM DAN PARLIMEN

2. KAJI SEMULA STRUKTUR KEWANGAN KOPERAT YANG MEMISAHKAN PEMEGANG ASET, PENERBANGAN MALAYSIA BERHAD (PMB) DAN SYARIKAT PENGENDALI OPERASI (MAS)

BERITA HARIAN - KUALA LUMPUR 23 NOV 2005 : Sekumpulan profesional Bumiputera yang menubuhkan Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (PROWARIS), mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen supaya badan itu lebih diyakini awam.

Pada masa sama, PROWARIS (www.prowaris.org) juga mahu supaya kerajaan melakukan kajian semula terhadap struktur kewangan dan korporat Penerbangan Malaysia (MAS), dalam usaha memulihkan semula kedudukan syarikat terbabit dan mengembalikan kegemilangan imejnya.

BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR)
• BPR dipertanggungjawabkan kepada Yang di-Pertuan Agong & Parlimen.
• Mewujudkan mahkamah khas mengendalikan kes rasuah.
• Perasuah dianggap pengkhianat & harus menimpa hukuman setimpal. dan
• Mewujudkan unit BPR dlm agensi kerajaan & swasta.

MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS)
• Visi, misi & objektif MAS dikaji semula.
• MAS diiktiraf berjaya menghasilkan ramai Profesional Melayu.
• Struktur kewangan & korporat dikaji semula. dan
• Pengerusi & Pengarah MAS perlu dipertanggungjawabkan atas keputusan mereka.

No comments: