Siaran HUJAH TV9 menampal sedikit kecederaan media Perdana
by UMNO-REFORM
Jun 2006
oleh: Mohamed Zaidi Hamzah
Saya mulanya terkejut melihat poster yang tersiar tempoh hari mengenai perbincangan media aternatif dan media arus perdana dengan meletakkan Ketua Pengarang Laman ini, Anuar Md Nor sebagai salah seorang panel dengan Datuk Azman Ujang - veteran media, Ketua Editor Bernama.

Sehingga hari siaran - walaupun saya jarang sekali buka TV9 tetapi hari itu saya mahu melihat samada jadi atau tidak rancangan tersebut. Rancangan kelolaan Feriz Omar mengundang sedikit kecuakkan dari saya kerana seperti yang kita maklum laman umno-reform.com ini terlampau terbuka dalam mengkritik kerajaan dan Umno sekali.
Bagi saya kemungkinan rancangan itu dibatalkan pada saat akhir hampir pasti.
Akhirnya cuak saya hilang bila melihat - rancangan Hujah memaparkan pengarang laman ini dengan Ketua Editor Bernama tersiar di TV. Saya tidak pasti siapa yang membuat undangan atau menentukan siapa yang patut bertanggungjawab membuat jemputan bagi menjadi panel tetapi tindakan memanggil Pengarang Laman ini menunjukkan keberanian producer rancangan itu untuk memaparkan pendapat berbeza dari
hanya mendengar berita dari media perdana.
Nyata dalam perbincangan itu rancangan HUJAH menepati selera masa kini. Kenyataan Datuk Azman yang menyokong tumbuhnya media alternatif bagi saya adalah kenyataan berani sungguhpun dibuat secara berhati - hati.
Sungguh malang rancangan itu terlampau singkat sehingga nampak pendapat kedua-dua panel itu tidak sempat mengeluarkan pendapat secara menyeluruh. Saya puji sikap dan tindakan moderator atau pengerusi rancangan itu yang tidak berat sebelah. Bagi saya beliau lebih baik dari Datuk Johan Jaafar yang mahu menonjolkan yang beliau lebih Umno dari Umno. Mungkin kerana itu rancangan itu diberi waktu yang agak lama.
Apa yang saya nampak rancangan Hujah itu lebih terbuka dari talk show yang lain dan mampu berkembang sebagai rancangan yang menampal sedikit kekurangan dalam Media arus perdana yang selama ini bertindak berat sebelah dan tidak seimbang. Saya juga mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarang Laman ini kerana tetap mempertahankan kebebasan bersuara sungguhpun kerajaan gerun dengan perkataan tersebut. Bagi Ketua Editor Bernama saya syorkan agak beliau mula memperjuangkan apa yang dirasa beliau benar dan tidak terikat dalam skop dan kerangka kuasa-kuasa politik.
Saya ucapkan setinggi tahniah kepada TV 9 kerana bertindak keluar dari norma yang sedia ada. Saya ingin mensyorkan agak Hujah dipanjangkan masa dan kita saksikan pula topik menarik dan kontroversi yang tidak mahu di bicarakan dalam media-media arus perdana.
Sekian
* gambar hiasan oleh www.umno-reform.com
* saya dimaklumkan bahawa cadangan panel datang dari Sdra Feriz Omar sendiri - harap soalan sdra terjawab dan Terima Kasih
No comments:
Post a Comment