Wednesday, July 21, 2010

GAGASAN PENUBUHAN BARISAN NGO PERAK

Pada 23 Jun 2010, 68 NGO Negeri Perak, yang terlibat secara langsung dalam mencetus provokasi kejatuhan kerajaan pembangkang Perak, telah menjemput saya ke Ipoh untuk berkongsi pengalaman dan mendapat pandangan peribadi saya terhadap beberapa isu-isu semasa. Lebih 150 orang penggerak masyarakat dan pejuang agama serta bangsa yang hadir.

Saya sempat menyentuh dan berkongsi pandangan secara radikal dari perspektif berbeza dengan peneraju-peneraju utama badan-badan NGO negeri Perak yang diketuai oleh Pak Sani Sufi dan Kanda Salleh Khan. Tahniah dan Syabas kepada Pak Sani, Kanda Salleh Khan, Pengarah Jasa dan seluruh barisan peneraju badan-badan NGO Perak !

No comments: