1. Perhati dan selami pengamatan saya terhadap Majlis Iftar Bersama YAB TPM 1431H di Kediaman Rasmi Sri Satria.
2. Urus selia rangkaian strategik badan2 NGO adalah sebahagian daripada portfolio saya selain Belia, Sukan selain mengatur strategi Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).
3. Sebagai Penyelaras, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana Majlis Iftar Bersama YAB TPM 1431H telah berjalan lancar. Ternyata, kehadiran melebihi 1,300 tetamu itu adalah di luar dugaan dan menjadi bukti sokongan padu dari Barisan Peneraju lebih 300 rangkaian Badan-Badan NGO dan pemimpin-pemimpin pelajar IPTA/IPTS.
4. Semoga kekuatan ini dapat diadun menjadi gerak kerja efektif untuk membentuk perpaduan sekali gus menterjemahkan kepada kejayaan agama, bangsa dan tanah air.
No comments:
Post a Comment