Saya adalah keturunan ke-27 melalui susur galur keluarga Bugis yang kami kumpulkan sehingga pada kurun ke-13. Jejak keturunan adalah sehingga ke Lebai Abdul Rahman yang menetap di Mentok, Kepulauan Bangka yang pernah menjadi laluan Bugis Sulawesi sebelum berlayar ke Riau, Ujung Padang (nama Johor lama), Selangor dan ke utara Semenanjung.
Atas alasan itu juga, saya telah dipilih Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk ditemuramah mengenai kedudukan saya sebagai seorang anak "Bugis":-
1. Bugis itu dahulunya berNEGERIkan Laut, beRUMAHkan Kapal, berTANAHkan Air.
2. Penjajah mengistilahkan Bugis sebagai L-A-N-U-N. Namun menurut pengkaji-pengkaji sejarah nusantara, orang-orang Bugis bijak mengurus tadbir negara laut mereka sehingga berjayanya agenda utama Bugis untuk menjatuhkan ekonomi penjajah Inggeris + Belanda dengan menghalang kegiatan ekport hasil bumi tanah yang dijajah.
3. Bugis bijak sebagai Ketua angkatan laut yang berani, Pentadbir dan Penasihat yang hebat - Johor tidak pernah mendapat Penasihat Inggeris, Sultan Melayu dipantau oleh Bugis.
4. Bugis juga mempunyai daya asimilasi dan mampu menyesuaikan diri dengan baik.
5. Bugis sentiasa meletakkan Islam menjadi agenda utama - Sebagai Raja Laut, Islam satu-satunya agama yang dibenarkan Bugis bergerak bebas melalui laut di Nusantara.
6. Seorang Bugis, keningnya tebal, matanya merah, sisi kepalanya panjang dari biasa, dadanya bidang.
7. Seorang Bugis yang kenal diri dan asal usulnya bersikap tegas, disiplin dan mampu memberikan terbaik untuk semua.
8. Bahasa Johor Riau yang didominasi dan dipromosi oleh Bugis Johor akhirnya diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan Malaysia.
9. Sikap pentadbiran Kerajaan Johor yang modern juga terlihat kepada pembangunan Malaysia di peringkat awal di mana kebanyakan pegawai tertinggi kerajaan adalah dari Johor dan berketurunan Bugis.
10. Hari ini, kepimpinan tertinggi Melayu di Malaysia juga adalah berketurunan Bugis. Namun kepelbagaian keturunan dan bahasa, Melayu hari ini secara umum adalah bersikap dinamik, kental, jauh lebih bijak dan berkongsi kepelbagaian membina kekuatan perpaduan serta kemakmuran negara.
9 comments:
mereka dari fakulti mana ya?
Lanun ialah perompak di laut. Inggeris bilang org Bugis Lanun sbb Inggeris mgkn di'rompak' Bugis.
Yang menariknya, siapa rompak siapa? Inggeris rompak kita, atau Bugis rompak Inggeris. Logik mudah, pastinya Inggeris rompak kita, dengan jajah kita, habis dirompak hasil bumi kita macam dia punya.
Peranan Melayu Bugis sangat besar nampaknya tapi tak diarusperdanakan. Wajar dapat pengiktirafan Melayu sendiri dan diperbetulkan pandangan umum ttg Bugis.
Ikhlas
SY : Mereka dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
PH : Mari kita kembangkan wacana itu.
tuan buku lah sejarah hidup tuan...mungkin boleh d baca oleh generasi baru untuk dijadikan bahan ispirasi
Jaja Haizal Abd Hamid Steady, ready , go , brother.
Jaja : Steady Ready Go nak ke mana ... ?
Aku pun Berdarah Bugis Campur (Emak Bugis n Bapa Belanda) dua-dua lanun dan masing2 ade kekuatan dan kepandaian di laut
keturunan datuk saya dari Sulawesi juga,dikenali dengan gelaran Hj Ismail Cabang kerana jariibu di sebelah tangannya ada satu lagi jari. Sebelum berlayar ke Perak beliau telah bermastautin seketika di Singapura dan disana beliau mempunyai seorang anak yang bernama Siti bt Hj Ismail. Saya yakin Siti mempunyai anak cucunya hingga ke hari ini di republik itu
Salam Feris Omar, memang kita bangga sebagai anak Bugis.
Saya dari keturunan Daeng Chelak Selangor. Patutlah kita amat sealiran dalam berfikir.
Tahniah, saya doakan anda berjaya dalam usaha saudara.
Post a Comment