Showing posts with label Celebrations. Show all posts
Showing posts with label Celebrations. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

'KEAJAIBAN CINTA' - FERIZ & FIFI - VIDEO PERTUNANGAN & PERNIKAHAN 08.08.08


Buat pertama kalinya, kami kongsi video ini dengan umum. Ianya pernah ditayangkan di Sime Darby Convention Centre sempena persandingan kami dan disimpan sejak itu. Pertemuan kami pertama kali di Masjid Bangsar, kami sudahi dgn Majlis Pernikahan di masjid yang sama pada 08.08.08.
Semoga kita membina kekuatan di atas nilai-nilai kemanusiaan.

Wassalam.

FERIZ OMAR + FIFI NOOR HAFIZA SAHARUDDIN

Sunday, July 10, 2011

KEAJAIBAN CINTA FERIZ & FIFI - VIDEO HADIAH PERNIKAHAN 08.08.08


KEAJAIBAN CINTA - FERIZ & FIFI

Abadikanlah pengalaman ini selamanya. Rela Ku Menunggu Mu Seribu Tahun Lama Lagi. Beginilah isteriku, perasaan ku terhadap mu. Pertemuan kali pertama dan ijab kabul kita di Masjid Bangsar memang ternyata dirancang dan ditakdir oleh Allah swt. Ianya begitu mudah, sekiranya kita terus pimpinanNya, kan? Semoga kita berbahagia sehingga ke syurga.

Suami mu,

FERIZ OMAR
www.ferizomar.blogspot.com

Wednesday, January 20, 2010

BABY KING @ FAHD AL-WARITH HAS GROWN INDEED !




Fahd is 7 months old. He is so intelligent, charming and loves to smile all the time. He even wakes up in between his sleep just to smile at us. Best thing is his body stats is beyond average. At a very young age, he has started to show signs that he is a fast learner.

Not to say that I am prejudice, but my friends seem to agree with me too.

I now have two most beautiful and cutest creations in life.

We love you so much, son ! We love you most ALLAH !






Friday, October 23, 2009

MAJLIS AQIQAH & CUKUR JAMBUL FAHD AL-WARITH, 17 OKT 2009 | 28 SYAWAL 1430H



Anakanda Fahd Al-Warith,

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul anakanda berjalan lancar dari jam 12.00 tgh sehinggalah jam 4.00 ptg. Tetamu terakhir kami pulang jam 10.30 malam.

Ratusan yang hadir.

Cuaca selesa.

Suasana amat meriah.

Zikir dan Marhaban Ustaz Amaluddin,

Tasbih Siti Nurhaliza,

Nasyid Raihan,

berkumandang.

Buat pengetahuan Fahd, saudara-mara dari Selangor, Kuala Lumpur malah Johor pun turut hadir. Secara kebetulan 2 lagi jiran kami menganjurkan Majlis Rumah Terbuka dan Marhaban pada hari yang sama, jadinya ramai yang tersalah rumah. Namun, mereka akhirnya berkunjung ke rumah kami juga untuk mengambil berkat. Hari 17 Oktober bersamaan 28 Syawal tahun ini jatuh pada hari Deepavali maka itu ramai yang cuti dan dapat menghadirkan diri.

Ayahanda dan bonda tidak dapat bayangkan jumlah kehadiran jika kad jemputan kita sampai tepat pada waktunya . . . .

DEKORASI MAJLIS


Kek keraian khas buat Baby 'King' Fahd

Bunga telur sebagai cenderahati marhaban dan cukur jambul

Cenderahati buat anak-anak kecil

Buaian berwarna biru dan putih

MAKANAN

Cupcakes Secret Garden

Cupcakes dengan simbol 'stroller' dan botol susu

Pulut kuning sumbangan Cik Li dan Cik Shidah

BBQ Kambing

BBQ Ikan Pari

BBQ Sotong

Salad sayur

ABC / Cendol dihidangkan

Jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara

Tahlil

Marhaban - Gabungan kumpulan Ustaz Amaluddin dan
kumpulan Taman Desa Pinggiran Putra

Ayah mencukur rambut Fahd

Dato' Seri Ariff Araf mencukur rambut Fahd

Semoga keberkatan diberikan olehNya kepada anakanda

Uncle Mansoor Ahmad mencukur rambut Fahd

Wan Zawawi (Adik Wan Jo) mencukur rambut Fahd

Giliran jiran tetangga dan sahabat handai pula

















Mohon maaf kerana tempoh masa untuk muat naik (upload) agak lama,
sebenarnya banyak lagi gambar2 marhaban, cukur jambul dan hadirin pada hari itu belum dinaikkan ... diharap dapat tunggu seketika