Friday, August 20, 2010

SHEIKH MUHAMMAD FUAD AL-MALIKI : MENDOAKAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DALAM KHUTBAH JUMAAT ?

Khutbah Jumaat oleh Sheikh Muhammad Fuad Al-Maliki, Nazir Masjid Darul Ehsan Taman TAR dan Pengasas Yayasan Al-Sofa

Kalau ulama' tersohor Sheikh Muhammad Fuad bertazkirah, beratus malah beribu orang akan hadir untuk mendengar

ISU MENDOAKAN KETUA MENTERI PULAU PINANG tidak boleh hanya dilihat sebagai PENDERHAKAAN kepada DYMM Agong. Secara ringkasnya bagi Sheikh Muhammad Fuad Al-Maliki dalam Khutbah Jumaat, 20 Ogos 2010 di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, (1) Ianya adalah DITEGAH dan suatu PENGHINAAN terhadap Islam dan umatnya. (2) Sesungguhnya kita tidak perlu menjawab salam dari orang kafir apatah lagi kita perlu berdoa untuk mereka ! (3) Islam dan umatnya terletak di kedudukan tertinggi, mengapa ianya perlu disatukan dengan golongan kufur yang menjadi seteru kepada Allah SWT dan RasulNya ...

Khutbah ini adalah ekoran daripada artikel Berita Harian bertajuk "Khatib pertahan doa untuk Guan Eng"


BERITA HARIAN 2010/08/24

GEORGETOWN: Zakaria Ahmad, khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mempertahankan tindakannya itu dan berkata ia tidak salah di sisi agama.

"Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

"InsyaAllah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di sini.

Beliau menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.

Yang Dipertua MAIPP, Elias Zakaria, berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan keterangan Zakaria dan hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat MAIPP untuk tindakan lanjut.

Katanya, setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Zakaria dan khatib itu juga bersetuju untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan polis telah mengambil keterangan Zakaria hari ini.
"Kita cuba menyelesaikan siasatan berhubung kes ini hari ini," katanya.

Isu membaca doa untuk Lim bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. - BERNAMA

Thursday, August 19, 2010

MENGATUR-CARA AGENDA PENDIDIKAN ISLAM DI ANTARA YKSM DAN KPM

Baru-baru ini, saya berjaya mengambil kesempatan untuk mengatur-cara pertembungan intelektual di antara Yayasan Kajian Strategik Malaysia (YKSM) dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam agenda pendidikan Islam agar ianya lebih terancang dan kemas.

Pertemuan itu menyaksikan YBhg Tan Sri Dato' Hashim Meon, Timbalan Pengerusi, YKSM dan Tuan Haji Rashid Ngah, Pengarah Unit Pendidikan Islam dari KPM serta para penasihat menghuraikan maksud pertemuan dan mencadangkan pendekatan-pendekatan strategik yang perlu diambil bagi menjamin kelangsungan sokongan Kerajaan Malaysia terhadap keperluan rakyat bagi melahirkan generasi Melayu dan Islam yang mantap di masa hadapan.

Sebagai "Pengatur-Cara" yang menyelaras, saya sedar bahawa tanpa gerakan-gerakan strategik sebegini, Islam dan Melayu akan terus terancam ! Saya juga bersyukur kerana pendidikan agama saya di Sekolah Agama Rakyat Ma'ahad Johor melonjakkan roh saya untuk memastikan agenda ini tercapai.

Semoga pertemuan pertama antara YKSM dan KPM ini akan disusuli dengan pertemuan-pertemuan "follow-up" yang akhirnya akan melipat-gandakan kelahiran generasi "Ulul Albab" yang bakal membela agama dan bangsa berkurun-kurun lamanya, insyaAllah.

Ameen.