Baru-baru ini, saya berjaya mengambil kesempatan untuk mengatur-cara pertembungan intelektual di antara Yayasan Kajian Strategik Malaysia (YKSM) dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam agenda pendidikan Islam agar ianya lebih terancang dan kemas.
Pertemuan itu menyaksikan YBhg Tan Sri Dato' Hashim Meon, Timbalan Pengerusi, YKSM dan Tuan Haji Rashid Ngah, Pengarah Unit Pendidikan Islam dari KPM serta para penasihat menghuraikan maksud pertemuan dan mencadangkan pendekatan-pendekatan strategik yang perlu diambil bagi menjamin kelangsungan sokongan Kerajaan Malaysia terhadap keperluan rakyat bagi melahirkan generasi Melayu dan Islam yang mantap di masa hadapan.
Sebagai "Pengatur-Cara" yang menyelaras, saya sedar bahawa tanpa gerakan-gerakan strategik sebegini, Islam dan Melayu akan terus terancam ! Saya juga bersyukur kerana pendidikan agama saya di Sekolah Agama Rakyat Ma'ahad Johor melonjakkan roh saya untuk memastikan agenda ini tercapai.
Semoga pertemuan pertama antara YKSM dan KPM ini akan disusuli dengan pertemuan-pertemuan "follow-up" yang akhirnya akan melipat-gandakan kelahiran generasi "Ulul Albab" yang bakal membela agama dan bangsa berkurun-kurun lamanya, insyaAllah.
Ameen.
No comments:
Post a Comment