Friday, August 13, 2010

PROGRAM "NILAI MURNI CEGAH JENAYAH" ANJURAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA DIRASMIKAN OLEH YAB TPM

Assalamualaikum.

Pada Sabtu 7 Ogos 2010 yang lalu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) yang saya selaraskan, telah mengadakan karnival jenayah tahunan dan pada kali ini, ia diadakan di Pagoh.

Program dua (2) hari itu dirasmikan oleh YAB TPM dan berjaya menarik lebih 150,000 orang dari Johor dan seluruh pelusuk negara. Syabas dan tahniah kepada Kontinjen PDRM Johor dan EXCO MCPF.

Wassalam.
FERIZ OMAR

Bersama YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Hassan - Ketua Polis Negara, YDH DCP Datuk Mohd Mokhtar bin Hj Mohd Shariff - Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman - Timbalan Ketua Polis Johor dan Tan Sri Lee Lam Thye - Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia a.k.a. Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) di Pagoh pada Sabtu, 7 Ogos 2010 yang lalu.

Memastikan waktu ketibaan tepat
YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Isyarat ketibaan YAB TPM.

Ketibaan YAB TPM disambut dengan meriah dan penuh ceria oleh def-def kehormat dan para belia.

Perbarisan Kehormat PDRM ke atas YAB TPM.

Bersama Ketua IPD Pagoh memastikan semua aturcara berjalan mengikut jadual.

Ribuan rakyat dari pelbagai NGO dan kelab-kelab pencegahan jenayah dari peringkat sekolah, universiti, persatuan belia dan pelbagai pertubuhan menanti kehadiran YAB Tan Sri Muhyiddin.

Bersama Pegawai-Pegawai Tertinggi Jabatan Pelajaran Johor.

Bersama sahabat, Dr Kamal Affendi Hashim, Penganalisis Jenayah Malaysia yang juga merupakan ahli EXCO MCPF.

Mari kita "tour" pelbagai pameran dan gerai-gerai karnival.

Gambar-gambar pasukan polis sejak dari Zaman Kesultanan Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris sehinggalah kini turut dipamerkan.

Menawarkan diri untuk menjadi Rakan Cop, harap tidak terlambat.

Bersama adik-adik Kesatria UiTM Segamat, Jementah dan Kadet Polis.

Sempat bersama dengan Pasukan Pertahanan Awam Johor.

2 comments:

Unknown said...

Salam Perjuangan,

TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


SEKIAN,

UMNO Didahulukan...
BN Diutamakan...

Feriz Omar said...

Assalamualaikum.

Saya memang lama megikuti laman sesawang Gelombang Wangsa Maju.

Pada saya, gerakan penulisan, audio visual, serta Aplikasi Sesawang 2.0 (Web 2.0) perlu diteruskan dan digunakan di tahap semaksima mungkin. Walaupun sesekali mendapat tentangan dan cabaran, kita perlu tabah dan teruskan gerakan-gerakan seperti ini.

Kita perlu terus melatih generasi muda untuk terus berjuang sebegini dan pada masa yang sama digerakkan melalui aktiviti "on the ground".

Saudara mungkin boleh menganjurkan majlis perbincangan gerakan jentera efektif dan jika diberi peluang, saya pasti sudi untuk hadir.

Wassalam.

FERIZ OMAR
Pegawai Khas YAB TPM