Assalamualaikum wbt.
Kami ingin memaklumkan bahawa kami baru sahaja menyambut Hari Ulangtahun Kedua Perkahwinan kami pada 8 Ogos 2010. Tiga hari sebelum itu merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran FiFi. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan kami bertiga.
Di kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa. Marilah kita beri yang terbaik kepada Allah SWT. Sesungguhnya, Allah telah memberikan kita terlalu banyak dan terlalu sedikit pula kita memberikan kepadaNya.
Wassalam.
FERIZ OMAR
FIFI NOOR HAFIZA
FAHD AL-WARITH (kini 1 tahun 2 bulan)
1 Ramadhan 1431H
No comments:
Post a Comment