Tuesday, August 10, 2010

MOTIVASI PMR / SPM UNTUK 220 ORANG PARA PELAJAR, IBU BAPA DAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRECINT 16(1)

Intipati program motivasi yang selalu saya gunakan dalam ceramah.

Jadual pembelajaran dan ulang kaji.

Pada Ahad, 1 Ogos 2010 yang lalu, saya sekali lagi dijemput menjadi Penceramah Motivasi untuk 90 pelajar PMR / SPM, 110 ibu bapa dan 20 guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Precint 16(1), Putrajaya buat kali kedua.

Tahun lalu, acara itu diadakan lebih kurang dua (2) bulan sebelum peperiksaan, tapi kali ini ianya diadakan tiga (3) bulan sebelum PMR / SPM.

Dengan tempoh masa yang lebih lama ini, saya berharap para pelajar, ibu bapa dan ahli- ahli keluarga yang lain dapat menyiapkan diri mereka sendiri untuk menghadapi peperiksaan PMR/SPM 2010 berbanding tahun lalu.

Kalau tahun 2009, kita dapat lihat peningkatan jumlah pelajar yang mendapat 8A penuh dari 16 ke 24 orang, sayasekeluarga mengharapkan dan berdoa agar kita dapat saksikan peningkatan yang lebih untuk PMR / SPM 2010, InsyaAllah.

Ameen.


No comments: