USAHA untuk mencari titik pertemuan Melayu dan Islam seperti yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewaktu upacara ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini perlu diterima sebagai perjuangan baru sepanjang zaman bagi setiap individu yang beragama Islam dan bergelar Melayu.
Tidak kita nafikan ramai kecewa dengan kenyataan terbuka Datuk Seri Mohammad Nizar bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam merealisasikan kehendak Sultan Azlan Shah. Pertikaian sama ada 'UMNO lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya' menunjukkan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berbaur emosi, individualistik dan tidak mewakili PAS secara keseluruhan.
Hakikatnya, saranan Sultan Azlan Shah adalah murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. PAS yang berjuang atas imej Islam sepatutnya berlapang dada dan menjadi yang paling awal terpanggil untuk menyahut saranan Sultan Perak. Sebaliknya, saranan tersebut ditolak mentah-mentah atas alasan-alasan tersendiri.
UMNO pula perlu mengkaji segala alasan mengapa kata-kata sehingga boleh membawa persepsi 'durhaka pada Raja' itu dibuat oleh seorang kepimpinan tertinggi PAS di peringkat negeri.
Kalau hari ini UMNO begitu kuat melaungkan peri pentingnya ketaatan dan kedaulatan Raja Melayu, di ruang ini jugalah UMNO perlu buktikan kedudukannya dalam merealisasikan saranan Sultan Perak itu.
Dalam hal ini juga, perdebatan UMNO-PAS seperti yang dianjurkan oleh pemimpin muda sewaktu kempen pemilihan UMNO 2009 tidak sepatutnya berulang kerana ia menunjukkan ketidakmatangan dan menjarakkan lagi perbezaan UMNO-PAS.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga perlu menjadi pemangkin (katalis) penyatuan Melayu dan Islam seperti yang disarankan oleh Sultan Azlan dan bukan terus melaga-lagakan parti-parti politik Melayu dengan pelbagai kenyataan sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap kedudukan NGO sebagai badan perwakilan rakyat di peringkat akar umbi yang bebas daripada politik.
Sesungguhnya mengikut kajian peringkat akar umbi persatuan kami, usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah perkara yang paling ditakuti oleh barisan parti-parti pembangkang lain. Ini adalah kerana gabungan UMNO dan PAS secara majoriti mampu memberi sokongan 'solid' undian Melayu setiap kali pilihan raya umum diadakan.
Jika kita kaji secara halus dan mendalam isu pergeseran UMNO-PAS hari ini adalah berpunca daripada individu-individu dalam kedua-dua parti itu sendiri dan tiada kaitan dengan wawasan serta objektif parti politik masing-masing.
Daripada perspektif hukum Islam pula, UMNO bukan sekadar menabur janji malahan telah membuktikan usahanya segiat mungkin ke arah pelaksanaan menurut sistem hukum Islam sepenuhnya.
Antara usaha UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan wujudnya Undang-Undang Syariah Kekeluargaan Islam yang setaraf dengan Mahkamah Sivil (Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan) melalui pelaksanaan yang disokong oleh majlis dan jabatan agama Islam seluruh Malaysia; Sistem kewangan dan perbankan Islam yang menjadi pusat rujukan dunia; Tabung Haji - sebuah institusi terbaik dunia dalam mempermudahkan rakyat mengerjakan ibadah haji dan umrah; Sistem pungutan zakat dan Baitul Mal; Sistem persijilan makanan halal yang diiktiraf dunia; dan banyak lagi.
Hukum hudud adalah hukum Allah yang sentiasa dekat dengan jiwa Islam dan jika persoalan itu menjadi alasan PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, ia adalah alasan kurang tepat. Hari ini, apabila hukum hudud dicadangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai juga ADUN UMNO yang mengangkat tangan bersetuju tetapi apabila diusulkan mengenai pelaksanaannya, perbincangan terhenti.
Memang kita akui bahawa usaha menterjemahkan hudud melalui pelaksanaannya seratus peratus ke atas sebuah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia adalah suatu cabaran besar.
Di sinilah NGO Melayu boleh memainkan peranan dalam menggerakkan para intelektual Melayu dan Islam supaya berusaha mencari penyelesaian ke arah sistem pelaksanaan dengan mengambil kira tahap kesediaan penerimaan rakyat bukan Islam mengenai hukum tersebut.
Usaha ini bak kata pepatah Melayu, seperti 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.
Dalam dada-dada akhbar dan majalah media arus perdana juga sudah banyak membincangkan kedudukan hukum hudud yang sebenarnya sudah sedia dilaksanakan ke atas orang Islam dan Melayu melalui Undang-Undang Syariah Islam dan Kanun Keseksaan (Penal Code). Semoga kebaikan, keunikan dan kelebihan pelaksanaan hukum hudud ke atas orang Islam akhirnya terserlah dan diterima ramai.
Selain itu, ada juga pemimpin-pemimpin kanan negara yang menyatakan usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah tidak perlu kerana sejarah telah membuktikan bahawa ia suatu usaha yang sia-sia.
Bagi saya, faktor sejarah tidak ada kena mengena langsung dengan masa hadapan. Jika alasan yang sama digunakan, sudah pasti negara yang kita cintai, Malaysia hari ini masih lagi belum merdeka. Pejuang-pejuang Melayu sejak dari zaman Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Ngah Ibrahim, Datuk Bahaman, Dato' Onn Jaafar hingga Tunku Abdul Rahman terus-terusan yakin pada usaha positif mencari kemerdekaan sehingga ia menjadi kenyataan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Penyatuan Melayu-Islam adalah ternyata suatu usaha yang jujur dan ikhlas yang boleh membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang tidak terdaya disaingi oleh pesaing-pesaing lain. Ia perlu menjadi perjuangan abadi sepanjang zaman dan sentiasa direnungkan sebagai perjuangan yang belum selesai.
FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

11 comments:
28 April 2009, 10:40 am
Terima kasih, Abang Feriz. Tak sempat nak ucap taniah. Wah! Abang Feriz semakin hebat sekarang! Line up pemimpin muda negara nih! =)
Apa pun semoga berjaya!
Rasanya saya terlamabat ucapkan taniah Selamat Pengantin Baru! Saya baca dalam magazine. Wah! dengan Kak Fifie! =) Moga jodoh berkekalan hendaknya! =)
Abang Feriz, nak tanya dan minta advice boleh? Saya ada degree dalam banking (majoring Islamic Bnaking). Dah 2 tahun saya kutip pengalaman di Merdeka Center. Banyak yang saya belajar. Saya nak bina kerjaya dalam bidang yang memang yang belajar masa di UiTM dulu. Saya ada apply bank. Dah mula menghantar resume sekarang - contohnya - Public Bank, RHB, Maybank Investment. Belum ada yang jawab lagi la. Abang Feriz kalau ada maklumat - bank/ corporate sector yang sedang recruit new staffs - mohon panjangkan pada saya ya!
Many thanks! Best & warmest of doa! =)
28 April 2009, 11:22 am
Itulah realitinya. Saya amat bersimpati dengan saudara dan tahniah atas usaha. Sedih juga tengok minggu lepas ….
Ulasan yang saudara berikan panjanglebar dan berjela-jela tapi yang disiarkan dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia tak sampai pun 6 baris ayat.
Saya akan terus berjuang bagi memusnah dan meruntuhkan keangkuhan UMNO.
28 April 2009, 11:28 am
Bagus topik ini, cuma bila nak nyatukan Melayu, maka perlu di lihat dari sudut kepentingan Melayu, dan jangan menidentifikasikan diri sebagai PAS atau pun UMNO.
Sememangnya, saya mengharapkan orang muda bertokoh macam Sdr Feriz dapat melakukannya.
Setakat hari ini, masih lagi politik. Cakap saja nak itu dan ini, tapi titik akhirnya ialah politik, dan politik itu ialah politik kepartian. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana itulah kepompong mereka.
Tapi NGO, perlu memperkasakan kepompong Melayu, sebab mereka perlu buktikan dan tentukan apakah yang diinginkan oleh orang Melayu. Di mana betul/silapnya UMNO, PAS, atau pun PKR, atau sesiapa saja. Semua elemen yang memperjuangkan Melayu perlu dilihat secara positif, dan rapatkan barisan atau adakan engagement supaya lebih erat, dan bersefahaman.
Untuk itu, langkah pertama, yang saya ingin cadangkan ialah tentukan nama atau panggilan. Melayu tidak boleh panggil Perancis lagi pada France, atau pun Inggeris pada English. Panggil ikut nama yang mereka gunakan. Jangan alihkan Mr. kepada encik, atau Ms. kepada cik. Itu budaya mereka dan kita kena hormati budaya mereka.
Maka kita tidak boleh panggil lagi Cina, atau India pada kaum tersebut kerana itu jadi sinonim dengan negara benua asal mereka. Kita panggil mereka Kantonis, Hokkien dan sebagainya. Begitu juga Tamil, Malabar, Telegu dan sebagainya. Yakni ikut nama asal kaum masing-masing. Ertinya mereka tidak boleh assosiasikan diri mereka dengan benua asal lagi, sebab mereka kini rakyat Malaysia. Begitulah juga dengan Melayu, yang juga rakyat Malaysia.
Lepas melepas balon ini, kita lihat apa reaksi mereka.
28 Apr 2009, 10:46 am
Rencana tuan hari ini adalah baik, dan yg mempunyai nilai psycho yg mendalam.
Dr Othman, UTM
28 Apr 2009, 9:31 am
Tahniah atas nukilan bernas yg mencetus perbahasan.
Salam.
Dato' Mukhriz Mahathir
28 Apr 2009, 9:10 am
Tkasih dan tahniah.
Dato' Wan Suhaimi
28 Apr 2009, 1:11 pm
I have read your write up. We must hv a passive mind n active heart. Only heart can communicate with God.
I doa semoga UMNO dan PAS boleh bergabung kerana Islam dan Melayu. Semoga NGO Melayu boleh menolong.
Tq.
Dato' Rafie Sain
28 Apr 2009, 11:37 am
Read it this morning, bro. Dato' Zulkifli Mohamad is my father in law, bro. I'll tell him about the article.
Marzuki
28 Apr 2009, 1:29 pm
Harap org Melayu terutama "KAUM MUDA" sedar akan hakikat yg kita semakin lemah.
Mutalib
English College
28 Apr 2009, 1:29 pm
Satu tulisan yg menarik..
Tq 4 sharing..
Azwan
English College
30 Apr 2009, 7:59 pm
I am in full support of your saranan for BN / PAS alliance. Husam & Khalid Samad dah mula melatah after Abduh's sindiran. Good luck.
Post a Comment