IKUTI rencana saya di Ruangan Feriz Omar di Utusan Malaysia pada hari Selasa, 23 Februari 2010. Benarkah ‘Melayu Tersekat Di Fasa ‘Survival’? Apakah Melayu bakal terjerumus seperti kawanan ikan paus yang mati terdampar di beberapa pantai dunia kerana sudah mengaku kalah dalam menghadapi cabaran yang melanda bangsanya. Dalam suasana dunia alam maya yang luas, padang politik Melayu dengan mudahnya disempitkan oleh bangsa lain dan lebih menyedihkan lagi, oleh bangsanya sendiri.
Berwaspadalah menilai ’bisikan syaitan’ yang mengelirukan. Jauhkan dari provokasi yang melaga-lagakan. Jika memberi sokongan, pastikan baik untuk kemaslahatan rakyat. Jika menerima nasihat pula, pastikan ianya diterima dari mereka yang beriman. Di era alaf baru, anjakan paradigma dan minda bukan lagi sekadar dituntut malahan menjadi kewajiban khusus andai Melayu masih mahu kekal progresif dan kompetitif.
Begitulah seterusnya, Melayu perlu meleraikan pemikiran kusut lagi jumud. Jika tidak, akhirnya Melayu akan terbangun dari tidur lena dan menyedari agama-bangsanya berada dalam ancaman.
No comments:
Post a Comment