Bersama YBhg Dato' Hj Muhammad Hj Abdul Ghani, Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM)
Bersama Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Azizan Ariffin yang berkongsi strategi generasi muda dan GSPS pasukan perang siber ATM.
Perbincangan terakhir bersama Barisan Peneraju PBTM sebelum kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia
Bersama Menteri Pertahanan mendapat kepastian masa ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia
Barisan kepimpinan negara & PBTM
Anugerah cemerlang PBTM kepada ahlinya
Ucapan YAB Datuk Sri Najib disaksikan lebih 20,000 ahli-ahli PBTM
Jangan dipersoalkan, "Apa pentingnya Barisan Ke-3 Pertahanan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air, Malaysia !".
WWW.FERIZOMAR.BLOGSPOT.COM
1. Urus selia rangkaian strategik badan-badan NGO adalah menjadi keutamaan portfolio saya selain Belia dan mengatur strategi Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS). Syukur kepada Allah Azzawajalla, setakat ini rangkaian badan-badan NGO di bawah portfolio saya sudah mencecah 300 badan dengan kekuatan menjangkau 3.5 juta keahlian kesemuanya.
2. Adalah menjadi wawasan dan misi YAB PM, YAB TPM dan saya untuk membina rangkaian kukuh dengan rangkaian badan-badan NGO seluruh Malaysia agar mereka "benar-benar memahami mandat" yang diberikan kepada mereka sebagai Barisan Pertahanan Ke-3 Malaysia.
3. Sebagai Penyelaras bagi pihak YAB TPM, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana Himpunan Raksaksa Bekas Tentera 2010 telah berjalan lancar pada 10 Okt 2010 lalu dengan jumlah sokongan melebihi 20,000 ahli-ahli bekas tentera yang didatangkan khas dengan 100 buah bas dari seluruh pelusuk tanahair.
4. Di dalam pertemuan itu, lebih 20,000 ahli-ahli bekas tentera Malaysia bersumpah setia memberi seluruh jiwa dan raga kepada Kepimpinan Islam demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
5. Semoga kekuatan ini dapat diadun menjadi gerak kerja efektif untuk membentuk perpaduan sekali gus menterjemahkan kepada kejayaan agama, bangsa dan tanah air.
6. Perhati secara dekat dan selamilah pengamatan saya sedalam mungkin semasa menyelaras majlis tersebut yang menyaksikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Kepimpinan Islam di Malaysia.
5. Semoga kekuatan ini dapat diadun menjadi gerak kerja efektif untuk membentuk perpaduan sekali gus menterjemahkan kepada kejayaan agama, bangsa dan tanah air.
6. Perhati secara dekat dan selamilah pengamatan saya sedalam mungkin semasa menyelaras majlis tersebut yang menyaksikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Kepimpinan Islam di Malaysia.
3 comments:
Askm Sdr Feriz,
Bersyukurlah kita semua kpd Allah SWT kerana Sdr paham keadaan politik di Malaysia sekarang ini dan sedang membina benteng ke-3 utk mempertahankan Islam, Melayu & Malaysia ( in that order, bukan sebagaimana yg disarankan olih setengah2 pihak ). Pilihan utk berganding bahu dengan pertubuh2an NGOs adalah salah satu2nya cara yg terbaik. Ketua2 NGO kebanyakannya tidak mempunyai pemikiran sebagai seorang politik tetapi mereka hanya memerlukan kestabilan dan keharmonian negara utk mereka menjalankan aktiviti amal dan mencapai tujuan murni mereka.
Pertama, kami utamakan aktiviti amal makrof kami utk menyampaikan ilmu Quran Hadith kepada yang mencari kebenaran dan kebahagiaan di dunia & akhirat sebagai satu foundation kukuh yg diperlukan utk pembinaan bangsa dan negara dengan tumpuan kepada tahap keluarga berdasarkan firman Allah SWT, " jagalah dirimu dan ahli2mu dari api neraka".
Ke-2, kami perlu mengadakan ramai tenaga pengajar yg memang berkelayakan dan berkebolihan utk menyampaikan Ilmu yg haq ini. Kami sedang dan masih berusaha utk menubuhkan sebuah Yayasan yg bolih membantu pentadbiran ke arah itu. Insya'allah, dengan pertolongan Allah SWT, kami akan cuba mendapatkan sumbar kewangan melalui yayasan tersebut yg mencukupi untuk membangunkan satu IPTS yg matlamatnya menjadikan akhirnya satu IPTS bertaraf antarabangsa, mengajar hanya ilmu Quran & Hadith sahaja. Untuk kemahiran, kami cadangkan penubuhan satu kolej komuniti.
Ke-3, kami telah menubuhkan satu koperasi bergerak atas landasan Islam yg haq utk membantu ahli2 dalam ushaha utk meningkatkan taraf ekonomi mereka supaya mereka
dapat menekmat keharmonian dan kekayaan di negara Malaysia yg tercinta ini.
Usaha kami utk mencapai apa yg kami rancang memang sukar tetapi itu kami anggap satu cabaran murni kepada kumpulan kami.
Insya'allah, saya akan berhubung Sdr Feriz dalam masa terdekat utk betukar2 fikiran.
Sekian semuga Allah terus memberi kita semua nekmat dan petunjuknya, ameeen.
Waalaikum salam.
Mohon telefon saya segera di 019-278 5888 atau 017-373 6390.
Wassalam.
Askm Sdr Feriz,
Saya masih memberi comment dalam blog sdr kerana saya rasa sdr mempunyai satu pemikiran yg saya harap dapat disemaikan dalam golongan muda-mudi yang akan menjadi pemimpin2 akan datang. Pendapat saya Sdr ( yg berkedudukan )layak memainkan peranan yg lebih berkesan untuk mempengaruhi golongan tersebut untuk menjadi benteng yg kuat bukan saja utk mempertahankan bahkan mampu memajukan dan mempertabatkan agama, bangsa & negara supaya dihormati dan digeruni.
Orang saperti saya ( yg tak ada kedudukan, tak ternama dan tak kaya )akan hanya dapat memberi nasihat, pandangan dan bimbingan ke atas landasan yg haq, beramal makrof kerana Allah SWT semuaga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semaua, ameeen. Nota 1.Tengok sajalah kpd response dlm blog sdr. Ramai berminat memberi komen kesah "hantu" lebih dari yg lain yg Sdr cuba ketengahkan. Kita kena cari jalan utk mengatasi & menukar sikap sedemikian.
Olih itu akan datanga jangan ketengahkan topik2 yg tak memberi menafa'at, yg membazir masa & tenaga. 2.Kita selalu adakan kempen berbagai kempen utk mencapai sesuatu tujuan. Nampak gah betul dan ramai yg mengambil bahagian tapi habis disitu sahaja -kebanyakannya tidak tercapai matlamat yg disarankan.
Olih itu kita perlu buat post-mortem dan mencari kaedah2 lain yg bolih memberi kesan yg diharapkan. Maaf, ini hanya pandangan saya saja. Wallahu'alam.
Post a Comment