Thursday, October 21, 2010

BUDAYA KEPIMPINAN AKAR UMBI YANG MURNI

"Mari memurnikan semula budaya pemimpin tolak jawatan; dan akar umbi pula yang menolak pemimpin ke depan".

www.ferizomar.blogspot.com

5 comments:

Orbee said...

Askm Sdr Feriz,
Saya bukan orang politik tapi saya mesti perihatin apa yg sedang berlaku.
Kalau mengaji ilmu Quran & hadith, kita akan merasa amat takut untuk menerima kedudukan sebagai ketua. Allah berfirman, "tidak halal kamu duduk di dunia ini jika kamu ada bertiga tidak melantik salah seorang dari kamu sebagai ketua/imam".
Dalam Islam, ketua/imam perlu dilantik melalui mesyuarah dan orang yang telah dilantik tidak bolih pula menolak. Inilah kemurnian Islam. Jika ada dikalangan kita ( berlaku sekarang )yang berebutkan kedudukan dan kuasa, mereka jahil dalam ilmu agama. Masakan mereka sanggup berbuat demikian jika mereka tahu tanggungjawab yang berat yang Allah letakkan kepada pemimpin/pentadbir. Plus point -mereka wajib dita'ti tapi hanya atas perkara2 yang tidak maksiat. Kalau dia bersifat zalim atau tak amanah, maka seksa Allah itu sangatlah pedih.

www.yayasan-ilmu.blogspot.com untuk memahami Islam yang haq.

Feriz Omar said...

Waalaikumsalam.
Terima kasih Orbee.

Adakah maksud dalam kata erti yang sama juga, kempen calon untuk sesuatu pemilihan adalah tidak betul jika ianya ditaja oleh calon itu sendiri?

Wassalam.

Orbee said...

Askm Sdr Feriz. Secara kasar & keras itulah maksudnya. Keadaan yang sedang berlaku adalah disebabkan pengaruh arus perdana dunia sekarang dan kejahilan dalam ilmu agama yg haq. Ianya bukan berdasarkan ilmu Quran & Hadith.

Ini dilakukan olih kedua2 pihak, atasan dan am. Tepuk dada tanyalah selera. Adakah aku orang iman ( ta'at sepenuhnya kepada Allah SWT dan Rasul SAW), munafik atau fasik? Hanya Allah saja yg tahu.

Sekian wallahu'alam.

Orbee said...

Askm Sdr Feriz,

Bakal pemimpin yg terunggul tidak perlu mencalun dirinya sebagaimana yg sedang dan akan berlaku sekarang di mana ianya telah menjadi satu pertandingan, pastilah tujuan untuk menang. Keikhlasannya dan tujuannya untuk memimpin menjadi tanda tanya. Dan yang bersungguh2 menyokong pula mungkin mengharapkan sesuatu habuan atasan sokongan yg telah diberi.

Sebenarnya akhlak, tingkah-laku dan amalan sesaorang yg baik itu akan sentiasa disaksikan olih masyarakat umum disekitarnya atau kumpulannya. Dengan itu ia tersendirinya akan mendapatakan kepercayaan mereka dan kemungkinan besar ia akan di"pilih/lantik" sebagai pemimpin mereka ( dia tak mengharapkan pun ). Umur,kelulusan akedemi,kedudukan pangkat,bangsa dan agama tak akan menjadi isu besar. Pemimpin ini akan sentiasa dihormati dan disokong olih semua tanpa mereka mengharapkan sesuatu habuan darinya. Bukankah ini sifat2 yang ditunjukkan olih Rasullullah SAW dan akhirnya terbukti menjadi pemimpin agung Islam bukan sahaja untuk bangsanya tapi seluruh umat manusia?

Ada pula yg cuba mempertikaikan dgn kenyataan "ialah...itu nabi, bolihlah". Inilah masalah masyarakat sekarang yg telah dikorapkan minda mereka dengan nafsu semata2 kerana kuasa, harta & wanita. Olih itu, jalan yg terbaik ialah menjadi pemimpin yang cuba mencontohi Rasullullah SAW. Pada saya tiada jalan lain yg lebih baik.

Bercakap tentang ini, saya berpeluang berjumpa arawah Datu Bahaman Shamsudin ( Mungkin sdr feriz tak ingat, belau tu se zaman Tunku Abdul Rahman) di rumah kayunya di Kg Baru. Ia menceritakan kepada saya bahawa setelah mendapat kemerdekaan dulu, ia telah ditawarkan olih Tunku untuk menyertai kabinet sebagai Menteri Kesihatan kerana pengalamannya sebagai salah seorang Melayu bertugas sebagai pegawai awam dalam penttadbiran British. Beliau tak mahu terima tawaran tersebut kerana beliau rasa takut untuk memikul tanggungjawab yg berat itu. Tapi akhirnya beliau terima kerana tak ramai Melayu yg berpengalaman saperti beliau. Tiada berlawan utk mendapatkan jawatan pada masa itu. Kami bersetuju atas dasar memperjuangkan Bangsa Melayu dan agama Islam. Setelah bersara, beliau menjelaskan, rumah inilah yang beliau masih ada serta sadikit harta. Beliau menyatakan kesedihan memandangkan kancah politik ( terutama Melayu )telah berubah hinggakan ada yg sanggup membunuh sesama rakan sebangsa hanya olih kerana utk merebut jawatan ketua bahagian je bukan pun jawatan menteri. ( Kes Datuk Mokhtar masa itu ). Ring the bell? Diharapkan cerita benar ini menjadi satu rujukan yg menafaat supaya berbalik kita kepada perjuangan asal kita. Wallahu'alam

Orbee said...

Askm Sdr Feriz,

Saya masih memberi comment dalam blog sdr kerana saya rasa sdr mempunyai satu pemikiran yg saya harap dapat disemaikan dalam golongan muda-mudi yang akan menjadi pemimpin2 akan datang. Pendapat saya Sdr ( yg berkedudukan )layak memainkan peranan yg lebih berkesan untuk mempengaruhi golongan tersebut untuk menjadi benteng yg kuat bukan saja utk mempertahankan bahkan mampu memajukan dan mempertabatkan agama, bangsa & negara supaya dihormati dan digeruni.

Orang saperti saya ( yg tak ada kedudukan, tak ternama dan tak kaya )akan hanya dapat memberi nasihat, pandangan dan bimbingan ke atas landasan yg haq, beramal makrof kerana Allah SWT semuaga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semaua, ameeen.

Nota

1.Tengok sajalah kpd response dlm blog sdr. Ramai berminat memberi komen kesah "hantu" lebih dari yg lain yg Sdr cuba ketengahkan. Kita kena cari jalan utk mengatasi & menukar sikap sedemikian. Olih itu akan datanga jangan ketengahkan topik2 yg tak memberi menafa'at, yg membazir masa & tenaga.

2.Kita selalu adakan kempen berbagai kempen utk mencapai sesuatu tujuan. Nampak gah betul dan ramai yg mengambil bahagian tapi habis disitu sahaja -kebanyakannya tidak tercapai matlamat yg disarankan. Olih itu kita perlu buat post-mortem dan mencari kaedah2 lain yg bolih memberi kesan yg diharapkan.

Maaf, ini hanya pandangan saya saja. Wallahu'alam.