Monday, November 1, 2010

SEKIRANYA NIK AZIZ UZUR & MENINGGAL DUNIA SECARA TIBA-TIBA ...

Apa akan terjadi jika Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat (79) yang dilahirkan di Pulau Melaka, Kelantan pada tahun 1931 itu uzur dan meninggal dunia secara tiba-tiba ? Siapakah pengganti ? Sudahkah PAS mempunyai pemimpin yang berpengaruh untuk memimpin ahli-ahlinya seluruh negara ? Apakah PAS akan berpecah akhirnya, gara-gara perebutan kuasa ? Sedangkan Tun Dr Mahathir yang digelar 'Diktator Maha Zalim' oleh PAS itu pun berundur awal demi kepentingan UMNO.

Persoalan mati adalah hakikat kehidupan. Persoalan kepimpinan perlu dibincangkan. Jika terdapat perebutan kuasa di dalam PAS, parti-parti politik lain juga akan goyah termasuk UMNO. Maka perasaan "taksub" kepada pemimpin itu perlu dihentikan segera dan kepimpinan seterusnya perlu difikirkan bersama.

Sebelum bicara tentang politik, mari kita perbetulkan cara anutan agama orang2 Islam di Malaysia. Politik perkara ke-2. Yang utama, orang Islam perlu hanya sujud pada Allah dan taksub pada Rasulullah ! Jangan sesekali keliru dan mengelirukan yang lain. Kemudian bergerak dari situ.

Ikuti perbincangan hangat di FB : Feriz Omar.

" Ghazwatul Fikri "

FERIZ OMAR
N45 Galas Gua Musang Kelantan Darul Naim

4 comments:

Orbee said...

Askm Sdr Feriz,

Kewibawaan pihak PR untuk memerintah masih belum teruji dan mereka masih berhujah dan mengharapkan "simpati" dari rakyat untuk mempercayai kebolihan mereka hanya dengan "hujah & janji". Padahal kita selama ini tahu pengalaman mereka sebagai pembangkang ialah bangkang apa saja kerajaan cadang atau buat, baik atau tidak tak masuk kira - bangkang mesti bangkang. Projek Lebuhraya Utara Selatan misalnya mereka protes tapi sekarang mereka senyap2 gunakan dengan hati yang tak tahu bersyukur.

Kemenangan PR pada PU yg lalu adalah lebih kepada orang memprotes kepada ramai pemimpin2 BN yg bersifat angkuh & takbur, lebih mementingkan diri utk mendapatkan kuasa dan kekayaan dan bukan sokongan rakyat secara mutlak yg mereka berwibawa.

Kita tahu yg PR adalah satu gabungan politik yg repuh. Mereka bergabung atas satu matlamat -- JATUHKAN BN telah menunjukkan belang dengan menghalalkan apa saja cara utk mencapai matlamat tersebut. Apa akan jadi jika mereka berjaya? Pertama mereka juga telah menunjukkan keangkuhan dan tamakkan kuasa dan tidak bersyukur kerana telah dapat mandat memerentah/berkuasa di 5 negeri. Belum reda keadaan untuk menyusun pentadbiran negeri2 tersebut, mereka terus,tak sabar2, hendak ambil alih pemerentahan pusat pula. Allah itu maha kaya - olih sebab sifat tamak dan tak tahu bersyukur, yang mereka kejar tak dapat yang di kendung pula keciciran - hilang Perak

Sepatutnya kepimpinan kerajaan sekarang mesti tegas dan membuat reformasi diri sebelum PR yang cuba tidur sebantal tapi mimpi masing2 ini terjaga dari tidurnya.

Lets call their bluff.....

Biarkan mereka buktikan kewibawaan pemerentahan mereka diperingkat negeri untuk dituntuni olih rakyat. Apa akan jadi nasib Melayu di Pulau Pinang? Berjayakah PAS untuk menubuhkan dan melaksanakan sistem pemerintahan sebuah negara Islam yg di canangkan selama ini ( biarkan, jangan kacau mereka, jadi mereka tidak ada alasan nanti jika mereka tak berjaya )? Adakah PKR akan wujud terus jika DSAI tak ada atau tak releven lagi. Biar rakyat, terutama sekali Melayu tenguk apa akan jadi akhirnya. Ini macam main poker with high stake. Saya berpendapat ini adalah cara terbaik untuk Malaysia terus maju kalau tidak Malaysia akan terambang-ambing kerana pemimpin2 sebuk berpolitik.

Sepatutnya mereka semua mesti mula kerja kuat sebagai memenuhi mandat yg telah diberi olih rakyat. Apa yg mereka perlu takutkan jika terbukti pemerentahannya baik, rakyat akan pilih mereka lagi. Tapi ini tidak akan berlaku kemungkinan BN kurang yakin dengan kejayaan refomasinya dan PR kurang yakin yg mereka bolih membuktikan kebolihan mereka mentadbir negeri.

Apa pendapat Sdr Feriz?

Anonymous said...

Hok alohhhhh....
Manoboleh dewataraya mati???

Sebak tu la, pas takyoh dok kalok-kalok caghi ganti...



**PUNOHHHH!!!!

Anonymous said...

banyak orang melayu yg menanti prkara tu, trmasuk orang2 nak rebut jawatan tu...

Orbee said...

Askm, sebagai orang iman kita tidak patut niat tak baik. Kita digalakkan supaya berdoa yg baik utk mereka, semuga Allah megampunkan dosa dan diberi mereka hidayah.