Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

HIJRAH KE 'FACEBOOK TIMELINE' | MIGRATING TO 'FACEBOOK TIMELINE'

MELAYU : Setelah lama berkarya dan meluahkan pendapat serta pengalaman melalui Facebook and Blogspot, Facebook telah memperkenalkan 'Facebook Timeline', satu evolusi luarbiasa yang mempunyai ciri-ciri yang lebih hebat dari Blogspot. Memandangkan pelbagai kelebihan Facebook seperti kemampuan untuk muat-naik gambar yang banyak dan masa yang singkat, kemudahan untuk 'tag' rakan-rakan, kemudahan memberi komen dengan mudah, forum FB Group dan banyak lagi, saya telah membuat keputusan untuk berhenti sebagai Blogger dan berhijrah sepenuhnya ke Facebook Timeline.

Saya ucapkan terimakasih kepada semua pembaca dan rakan-rakan yang mengikuti www.ferizomar.blogspot.com.

Mulai hari ini, ikuti saya di FB Feriz Omar, FB Feriz Omar II, FB Feriz-Noor Omar dan FB Feriz Noor Omar II.

Terimakasih. Salam persahabatan, sayang dan perjuangan.

FERIZ OMAR

ENGLISH : After I have been writing for a long time expressing my views and experience via Facebook and Blogspot, Facebook has now introduced 'Facebook Timeline', an extraordinary super power evolution of social network infrastructure that have enhanced characteristics of a Blogspot. In view of the advantages to upload a number of pictures within a short time, ability to 'tag' friends, facility to comment, forum FB Group features and many more, I have made my decision to stop blogging and shift fully to Facebook Timeline.

I wish to thank you all for following me on www.ferizomar.blogspot.com.

From today onwards, please follow me at FB Feriz Omar, FB Feriz Omar II, FB Feriz-Noor Omar dan FB Feriz Noor Omar II.

Thank you. For Friendship, love and course.

FERIZ OMAR










Saturday, September 10, 2011

TAK PERLU KE LUAR NEGARA, MELAYU MALAYSIA MASIH DAIF !

HARAPAN ...

Di tengah-tengah komuniti miskin tegar ini, ada benih yang bijak dengan PMR 8A. Semoga Allah swt memberi petunjuk yang baik kepada yang lain, insyaAllah !‎

37 FOTO BUKTI SESETENGAH PEMIMPIN YG GILA ‘GLAMOUR’ & BUAT-BUAT TAK NAMPAK BAHAWA MASIH ADA MELAYU DI MALAYSIA YANG MASIH DAIF … http://www.facebook.com/media/set/?set=a.170338249675579.33489.100000982161032&type=1

Gerakan Menuntut Perubahan (GMP) amat kesal dengan sikap sesetengah pemimpin yg sibuk ingin ke GAZA ikut jalan laut (walhal ada jalan darat). Allah swt juga menilai keikhlasan, sampai hajat ataupun tidak. Baru-baru ini ada yg sibuk ke Somalia, tanpa persiapan keselamatan rapi. Mereka ini semua buat-buat tak nampak bahawa masih ada Melayu yang kebulur dan daif akibat miskin urban ! Saya terasa sebak tatakala mengunjungi 3 keluarga semasa lawatan ke Pasir Gudang petang tadi.
(1) Keluarga yg hidup dgn sisa makanan manusia.
(2) Seorg ibu tunggal dgn anak lelaki dewasa yg 'down syndrome'.
(3) Keluarga dgn 5 org ahli yg kurang siuman.

WAHAI PEMIMPIN, UBAH! JIKA TIDAK REBAH!

www.ferizomar.blogspot.com
By: Feriz Omar
From my FB Friend Shahrill Ramli : Did anybody realize that Google celebrated Malaysia for its Hari Raya-Merdeka by creating this doodle on 31st August 2011? Initially, I was deluded as well because I thought only Google Malaysia; but when I went to the international one, the icons are still unscathed. I love my MALAYSIA so much although some of my friends now are becoming more distant from their historical heritages.

NILAI SEBUAH KEMERDEKAAN

"Melihatkan perkembangan mutakhir dengan lunturnya semangat cintakan kemakmuran negara; dan Runtuhnya persefahaman rakyat berbilang bangsa-agama, saya yakin Malaysia tidak akan menjadi sebegini jika ia memperolehi kemerdekaan melalui pertumpahan darah dan bukan melalui rundingan ..." - FERIZ OMAR (1971-20??) - www.ferizomar.blogspot.com

KAD UCAPAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H

Kepada semua rakan-rakan Blog www.ferizomar.blogspot.com dan www.noorhafizasaharuddin.blogspot.com, FB Feriz Omar dan Feriz-Noor Omar,

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan FB kami. Kami memohon maaf zahir dan batin baik yang jauh mahupun yang dekat. Semoga semua amalan-ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia diterima oleh Allah swt. Kita berdoa agar dipertemukan lagi bulan Ramadhan yang akan datang.

Ikhlas dari kami sekeluarga,

Feriz Omar, Fifi Noor Hafiza Saharuddin dan Fahd Al-Warith.
1 Syawal 1432H

MUKJIZAT AGONG : SURAH-SURAH ALLAH YANG MENUNTUT KESYUKURAN KEPADA-NYA DAN JANJI-JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG BERSYUKUR

Pagi ini, bergenang air mata membaca bagaimana perasaan Rasulullah saw bersyukur dgn nikmat Allah swt kurniakan kepadanya sebagai Pesuruh Allah.

Sirah Rasulullah saw yg dirawikan dari Atha’ sewaktu beliau bertanya kpd Aishah r.a. ttg perkara yg paling hairan mengenai Rasulullah saw.

Aishah berkata “Bagaimana perbuatan Rasulullah saw tidak menghairankan? Suatu malam baginda masuk dan bersamaku di dalam satu selimut sampai kulitku menyentuh kulitnya. Lalu Baginda berkata, “Wahai puteri Abu Bakar, tinggalkanlah aku. Aku hendak beribadah kpd Tuhanku”. Aisyah berkata, “Aku suka berdoa denganmu. Tetapi aku kabulkan keinginanmu”.

Aisyah mengizinkan Baginda, lalu Rasulullah saw mendekati dan berwudhu’, tidak banyak menggunakan air dan mendirikan solat, lalu menangis air mata menitis ke dadanya. Dan rukuk juga sambil menangis, sujud sambil menangis dan mengangkat kepalanya juga sambil menangis. Demikian Baginda terus menangis hingga datang Bilal mengumandangkan azan.

Aku berkata, ”Ya Rasulullah saw, apa yg membuatmu menangis sedang Allah swt tlh mengampuni dosamu yang terdahulu dan yang kemudian?”. Rasulullah saw menjawab, ”Tidakkah aku hamba yg bersyukur? Bagaimana aku tak berbuat demikian sdg Allah tlh menurunkan ayat kepadaku”. Ayat yg diturunkan kpd Rasulullah saw pd ketika itu adalah, ”Kejadian langit dan bumi ...” (Al-Baqarah, Ayat 164).

Dari sirah di atas, ternyata Nabi Muhammad saw, Pesuruh Utusan Allah merangkap Nabi dan Rasul kepada seluruh umat Islam akhir zaman merangkap Kekasih Allah juga bersyukur kepada Allah swt. Inikan pula kita manusia biasa yg belum tentu melepasi cabaran kehidupan dunia dan akhirat yg ditetapkan oleh Allah swt.

TUNTUTAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu) – Surah Al-Baqarah Ayat 152

وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ

... dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) – Surah Al-Ankabut Ayat 45

مَّا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? - Surah An-Nisa’ Ayat 147

نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

... dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur – Surah Al-Imran Ayat 145

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

... dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur – Surah As-Saba’ Ayat 13

JANJI-JANJI ALLAH SWT KEPADA MEREKA YANG BERSYUKUR

Ingatlah juga bahawa, Allah menambah kenikmatan bagi mereka yg mensyukuriNya.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" – Surah Ibrahim, Ayat 7

فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ إِن شَاءَ

... maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki - Surah Al-Taubah Ayat 28

بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَاءَ

Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki - Surah Al-An'am Ayat 41

وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya) - Surah Al-Baqarah Ayat 212

وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمً

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar - Surah Al-Nisa' Ayat 48

وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ

... dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat) - Surah AT-Taghabun Ayat 17

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ

Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami ... - Surah Az-Zumar Ayat 74

وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam ! - Surah Yunus Ayat 10

Rujukan : Mukashafah Al-Qulb karya Imam Al-Ghazali (450 H-505 H)
Gambar : Al-Quran diwakaf oleh Pelayan Dua Tanah Suci, YM Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Ali As-Saud dan Tasbih Koka & Timah (secara amatur oleh FO)
FB : Feriz Omar & Feriz-Noor Omar
W : www.ferizomar.blogspot.com

HAQ ALLAH DIDAHULUKAN (BUKAN HAQ RAKYAT DIDAHULUKAN ...) !

"Sesungguhnya Allah mempunyai haq yg wajib kita tunaikan tepat pd waktunya. Haq Allah pd waktu malam takkan diterima-Nya jika dibuat waktu siang. Haq Allah pd waktu siang takkan diterima jika dibuat pd waktu malam. Allah tidak akan menerima amalan sunat sehingga dikerjakan dahulu yg wajib" - Sayyidina Abu Bakar (Khulafa' ArRasyidin - Pertama)

FERIZ OMAR (1971-20??)
www.ferizomar.blogspot.com

SAAT PALING DEKAT DENGAN ALLAH

Sabda Rasulullah SAW, أَقْرَبُ مَا يَكُوْنُ الْعَبْدُ مِنْ رِبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوْا الدُعَاءَ “Yang terdekat seorang hamba dari Rabb-nya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa” - Sahih Muslim

FERIZ OMAR (1971-20??)
www.ferizomar.blogspot.com

LIHAT ALLAH; BUKAN LIHAT USAHA

Semasa berusaha, janganlah melihat kpd usahanya itu tetapi terus melihat kpd Allah swt spt mana seorg pengemis yg meminta sedekah yg tidak melihat apa yg diterima di tangannya tetapi melihat kpd org2 yg memberi kpd nya. Sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa ingin menjadi manusia terkaya, hendaklah ia kendalikan apa yg ada di tangan Allah swt daripada apa yg ada di tangannya ..." - Mukashafah alQulub oleh Imam alGhazali

FERIZ OMAR (1971-20??)
www.ferizomar.blogspot.com

Friday, September 9, 2011

MUKJIZAT AGONG : ALI-IMRAN - SURAH 3, AYAT 13 & AL-NASR - SURAH 110, AYAT 1-3


Menyebarkan Islam sebagai satu kepercayaan di bumi Arab ternyata satu cabaran besar. Untuk kesekian lamanya selepas Nabi Ibrahim a.s., tanahnya penuh berhala dan jahilliyah diangkat menjadi budaya. Meyakinkan wujudnya Allah itu susah, apatah menyuruh bersyahid untukNYa di Perang Badr.

Hanya mereka yg mempunyai MATAHATI TAJAM yg benar-benar yakin kewujudan Allah swt, dapat melihat yg paling benar di antara yg dikata benar. Yg paling dusta di antara yg didustakan. Kemenangan Ghazwatul Badr disebut terus-terusan oleh para pemimpin Islam dan mereka yg mewarisinya setelah itu. Antara lain, kemenangan Islam dlm Perang-Perang Salib diketuai Solahuddin Al-Ayubi dan Perang Yom Kippur War (1973).

Renungilah Ali-Imran Ayat 3 dan lahirkan pemimpin-pemimpin di kalangan kamu yg mempunyai MATAHATI TAJAM.

قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُم مِّثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَن يَشَاءُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لَّأُوْلِي الأَبْصَارِ

"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang Muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai MATAHATI".

Renungi juga Al-Nasr Ayat 1-3 dan lihat juga janji 'Kemenangan' Allah swt kepada Rasulullah saw sebelum menawan Makkah .

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

FB : Feriz Omar
W : www.ferizomar.blogspot.com

JADI SAHABAT FO SEKARANG !

(Sila ke http://www.facebook.com/groups/sahabatfo/)

Segalanya Bermula Di Sini !

"Ayuh kita bina agama-bangsa-negara kita di atas tanggungjawab kita di masa hadapan, bukan hanya di atas pengalaman kita di masa silam ..." - Feriz Omar (1971-20??)

MUKJIZAT AGONG : SURAH AL-MAIDAH - SURAH 5 AYAT 3

Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz (1918–2005) adalah seorang cendekiawan Muslim dlm bidang perbandingan agama. Beliau dikenali dunia sbg salah seorang pakar pembicara dan penulis yg amat handal khususnya dlm sesi perdebatan umum yg memerihalkan tentang keagamaan Islam bersama agama-agama lain (comparative religion). Beliau sendiri mengangkat Al-Quran yang diistilahkannya sebagai "Ultimate Miracle" dan "Miracle Amongst Miracles" atau Mukjizat Agong.

Pd 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yg tidak henti-henti dari siswa Misionaris menentang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim tlh menanamkan keinginan beliau yg membara utk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yg salah itu.

Dibimbing awal melalui kitab Izharul-Haq, Allahyarham memulakan misi dakwah membuka mata dunia. Puluhan rakaman perdebatan Ahmed Deedat dgn begitu ramai ketua mubaligh kristian sedunia mengenai perbandingan Al-Quran dan Injil kini tersebar luas. Kini terbukti benar Allah swt tlh memberikan agama sempurna, mencukupkan nikmat dan meredhai Islam itu agama utk kita, umat manusia yg menghuni dunia. Renungi ayat ketiga Surah Al-Maidah di bawah:-

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ، الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

”... Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agama mu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kalian kepada-Ku. Pada hari ini Ku telah sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagi mu ...”.

Ikuti sinopsis Ahmed Deedat di http://www.facebook.com/notes/feriz-omar/sinoposis-kehebatan-ulama-dan-imam-terulung-ahmed-deedat-1918-m-2005-m/246214478750444

www.ferizomar.blogspot.com

MUKJIZAT AGONG : SURAH AN-NUR - JUZ 18 SURAH 24 AYAT 55

Spt tahanan lain, dlm beberapa detik lagi Imam kita, Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf (Imam As-Syafie) akan dipancung oleh Khalifah Harun Al-Rashid. Imam As-Syafie (150H - 204H) telah terheret dalam fitnah sebagai salah seorang pengkhianat yg tlh menggerakan ajaran syiah bagi menjatuhkan Kerajaan Abassyiah. Dgn membuka bicara “Assalamualaika, ya Amir al-Mukminin wabarakatuh”, Amirul Mukminin disaksikan para pembesar mempersoalkan gelagatnya yg mengucapkan salam tanpa ‘warrahmatullah’ spt mana sunnah Rasulullah saw. Imam As-Syafie menjawab, sesungguhnya rahmat Allah terletak dan tergantung di hati Khalifah Harun sendiri ! Lantas disambungnya dgn Surah An-Nur - Juz 18 Surah 24 Ayat 55.

Sila renungi rahsia terkandung di dalam ayat tersebut:-

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.

Sila ke http://www.facebook.com/note.php?created&¬e_id=245559625482596 untuk sinopsis kehebatan Imam dan Ulama’ Terulung, Imam As-Syafie dan 10 pesanannya untuk meninggal dunia dalam keadaan selamat. (Gambar) Imam As-Syafie sekecil anak di dalam gambar sudah mengahaz al-Quran seawal umur 7 tahun !

www.ferizomar.blogspot.com

MUKJIZAT AGONG : SURAH TAHA - JUZ 16 SURAH 20 AYAT 1-5

MUKJIZAT AGONG : SURAH TAHA - JUZ 16 SURAH 20 AYAT 1-5 adalah 5 ayat al-Quran yang telah menundukkan panglima perang yang antara paling ditakuti oleh manusia dan syaitan, Umar Al-Khatab (Khulafa' Ar-Rasyidin Ke-2) untuk bersyahadah dan memeluk agama Islam. Sedangkan Jibril mengakui kepada Rasulullah saw bahawa semua makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar. Sila renungi ayat-ayat ini:-
طه
Taa' Haa.

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَ
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

www.ferizomar.blogspot.com

HAQ ALLAH SWT DIDAHULUKAN !

HAQ ALLAH SWT DIDAHULUKAN !

"Sesungguhnya Allah mempunyai haq yg wajib kita tunaikan tepat pd waktunya. Haq Allah pd waktu malam takkan diterima-Nya jika dibuat waktu siang. Haq Allah pd waktu siang takkan diterima jika dibuat pd waktu malam. Allah tidak akan menerima amalan sunat sehingga dikerjakan dahulu yg wajib" - Sayyidina Abu Bakar (Khulafa' ArRasyidin - Pertama)

WHEN MUSLIMS PRAY TO ALLAH SWT ...










WHEN MUSLIMS PRAY TO ALLAH SWT ...

SAAT PALING DEKAT DENGAN ALLAH SWT

SAAT PALING DEKAT DENGAN ALLAH

Sabda Rasulullah SAW, أَقْرَبُ مَا يَكُوْنُ الْعَبْدُ مِنْ رِبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوْا الدُعَاءَ “Yang terdekat seorang hamba dari Rabb-nya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa” - Sahih Muslim

www.ferizomar.blogspot.com

Wednesday, August 24, 2011

19 RAMADHAN 1432H - SURAU AL-IKHLAS, SEKSYEN 19/1, SUBANG JAYA

Akhirnya sampai juga saya ke sini. Ini adalah salah sebuah surau yang agak nostalgia bagi saya. Saya pernah tinggal di kawasan ini, iaitu di Seksyen 19/3 dan surau ini pernah menjadi kunjungan utama saya pada hari-hari biasa atau bulan Ramadhan. Di surau ini juga, adalah surau / masjid terakhir untuk saya berhentikan Kempen Bertrawikh Ramadhan 1432H. Ayuh kita siapkan untuk 10 malam terakhir ~ FO berdoa agar diberi kesempatan olehNya untuk bertemu lagi Ramadhan yang akan datang !