Saturday, September 10, 2011

MUKJIZAT AGONG : SURAH-SURAH ALLAH YANG MENUNTUT KESYUKURAN KEPADA-NYA DAN JANJI-JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG BERSYUKUR

Pagi ini, bergenang air mata membaca bagaimana perasaan Rasulullah saw bersyukur dgn nikmat Allah swt kurniakan kepadanya sebagai Pesuruh Allah.

Sirah Rasulullah saw yg dirawikan dari Atha’ sewaktu beliau bertanya kpd Aishah r.a. ttg perkara yg paling hairan mengenai Rasulullah saw.

Aishah berkata “Bagaimana perbuatan Rasulullah saw tidak menghairankan? Suatu malam baginda masuk dan bersamaku di dalam satu selimut sampai kulitku menyentuh kulitnya. Lalu Baginda berkata, “Wahai puteri Abu Bakar, tinggalkanlah aku. Aku hendak beribadah kpd Tuhanku”. Aisyah berkata, “Aku suka berdoa denganmu. Tetapi aku kabulkan keinginanmu”.

Aisyah mengizinkan Baginda, lalu Rasulullah saw mendekati dan berwudhu’, tidak banyak menggunakan air dan mendirikan solat, lalu menangis air mata menitis ke dadanya. Dan rukuk juga sambil menangis, sujud sambil menangis dan mengangkat kepalanya juga sambil menangis. Demikian Baginda terus menangis hingga datang Bilal mengumandangkan azan.

Aku berkata, ”Ya Rasulullah saw, apa yg membuatmu menangis sedang Allah swt tlh mengampuni dosamu yang terdahulu dan yang kemudian?”. Rasulullah saw menjawab, ”Tidakkah aku hamba yg bersyukur? Bagaimana aku tak berbuat demikian sdg Allah tlh menurunkan ayat kepadaku”. Ayat yg diturunkan kpd Rasulullah saw pd ketika itu adalah, ”Kejadian langit dan bumi ...” (Al-Baqarah, Ayat 164).

Dari sirah di atas, ternyata Nabi Muhammad saw, Pesuruh Utusan Allah merangkap Nabi dan Rasul kepada seluruh umat Islam akhir zaman merangkap Kekasih Allah juga bersyukur kepada Allah swt. Inikan pula kita manusia biasa yg belum tentu melepasi cabaran kehidupan dunia dan akhirat yg ditetapkan oleh Allah swt.

TUNTUTAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu) – Surah Al-Baqarah Ayat 152

وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ

... dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) – Surah Al-Ankabut Ayat 45

مَّا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? - Surah An-Nisa’ Ayat 147

نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

... dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur – Surah Al-Imran Ayat 145

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

... dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur – Surah As-Saba’ Ayat 13

JANJI-JANJI ALLAH SWT KEPADA MEREKA YANG BERSYUKUR

Ingatlah juga bahawa, Allah menambah kenikmatan bagi mereka yg mensyukuriNya.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" – Surah Ibrahim, Ayat 7

فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ إِن شَاءَ

... maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki - Surah Al-Taubah Ayat 28

بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَاءَ

Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki - Surah Al-An'am Ayat 41

وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya) - Surah Al-Baqarah Ayat 212

وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمً

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar - Surah Al-Nisa' Ayat 48

وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ

... dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat) - Surah AT-Taghabun Ayat 17

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ

Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami ... - Surah Az-Zumar Ayat 74

وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam ! - Surah Yunus Ayat 10

Rujukan : Mukashafah Al-Qulb karya Imam Al-Ghazali (450 H-505 H)
Gambar : Al-Quran diwakaf oleh Pelayan Dua Tanah Suci, YM Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Ali As-Saud dan Tasbih Koka & Timah (secara amatur oleh FO)
FB : Feriz Omar & Feriz-Noor Omar
W : www.ferizomar.blogspot.com

No comments: