Friday, September 9, 2011

MUKJIZAT AGONG : SURAH AN-NUR - JUZ 18 SURAH 24 AYAT 55

Spt tahanan lain, dlm beberapa detik lagi Imam kita, Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf (Imam As-Syafie) akan dipancung oleh Khalifah Harun Al-Rashid. Imam As-Syafie (150H - 204H) telah terheret dalam fitnah sebagai salah seorang pengkhianat yg tlh menggerakan ajaran syiah bagi menjatuhkan Kerajaan Abassyiah. Dgn membuka bicara “Assalamualaika, ya Amir al-Mukminin wabarakatuh”, Amirul Mukminin disaksikan para pembesar mempersoalkan gelagatnya yg mengucapkan salam tanpa ‘warrahmatullah’ spt mana sunnah Rasulullah saw. Imam As-Syafie menjawab, sesungguhnya rahmat Allah terletak dan tergantung di hati Khalifah Harun sendiri ! Lantas disambungnya dgn Surah An-Nur - Juz 18 Surah 24 Ayat 55.

Sila renungi rahsia terkandung di dalam ayat tersebut:-

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.

Sila ke http://www.facebook.com/note.php?created&¬e_id=245559625482596 untuk sinopsis kehebatan Imam dan Ulama’ Terulung, Imam As-Syafie dan 10 pesanannya untuk meninggal dunia dalam keadaan selamat. (Gambar) Imam As-Syafie sekecil anak di dalam gambar sudah mengahaz al-Quran seawal umur 7 tahun !

www.ferizomar.blogspot.com

No comments: