MUKJIZAT AGONG : SURAH TAHA - JUZ 16 SURAH 20 AYAT 1-5 adalah 5 ayat al-Quran yang telah menundukkan panglima perang yang antara paling ditakuti oleh manusia dan syaitan, Umar Al-Khatab (Khulafa' Ar-Rasyidin Ke-2) untuk bersyahadah dan memeluk agama Islam. Sedangkan Jibril mengakui kepada Rasulullah saw bahawa semua makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar. Sila renungi ayat-ayat ini:-طه
Taa' Haa.
مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَ
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
www.ferizomar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment