Monday, August 15, 2011

13 RAMADHAN 1432H - SURAU KIP, TTDI JAYA, SHAH ALAM

Saya tertarik dengan kempen yang dianjurkan oleh Surau KIP TTDI jaya, Shah Alam. Pengerusi Surau mengumumkan bahawa pihak surau akan adakan Majlis Nuzul Quran di mana seorang amil akan dijemput untuk menerima zakat dari anak-anak Qariah sendiri secara fizikal dan berjabat tangan tanda serahan zakat fitrah.

Ibubapa diseru agar menggalakkan anak-anak berbuat demikian agar menjadi ikutan sehingga sudah dewasa kelak.

Di surau ini juga kami diimamkan oleh seorang Imam Muda Al-Hafiz yang berumur sekitar 10 tahun ~ Alangkah bahagianya jika anak FO dapat menjadi Al-Hafiz di peringkat umur muda !

No comments: