HARAPAN ...
Di tengah-tengah komuniti miskin tegar ini, ada benih yang bijak dengan PMR 8A. Semoga Allah swt memberi petunjuk yang baik kepada yang lain, insyaAllah !
37 FOTO BUKTI SESETENGAH PEMIMPIN YG GILA ‘GLAMOUR’ & BUAT-BUAT TAK NAMPAK BAHAWA MASIH ADA MELAYU DI MALAYSIA YANG MASIH DAIF … http://www.facebook.com/media/set/?set=a.170338249675579.33489.100000982161032&type=1
Gerakan Menuntut Perubahan (GMP) amat kesal dengan sikap sesetengah pemimpin yg sibuk ingin ke GAZA ikut jalan laut (walhal ada jalan darat). Allah swt juga menilai keikhlasan, sampai hajat ataupun tidak. Baru-baru ini ada yg sibuk ke Somalia, tanpa persiapan keselamatan rapi. Mereka ini semua buat-buat tak nampak bahawa masih ada Melayu yang kebulur dan daif akibat miskin urban ! Saya terasa sebak tatakala mengunjungi 3 keluarga semasa lawatan ke Pasir Gudang petang tadi.
(1) Keluarga yg hidup dgn sisa makanan manusia.
(2) Seorg ibu tunggal dgn anak lelaki dewasa yg 'down syndrome'.
(3) Keluarga dgn 5 org ahli yg kurang siuman.
WAHAI PEMIMPIN, UBAH! JIKA TIDAK REBAH!
www.ferizomar.blogspot.com
By: Feriz Omar
By: Feriz Omar
4 comments:
Assalam Sdr FO
Suka sekali saya ada tokoh muda UMNo berpendirian seperti saudara. Urban Poor adalah masalah yang lebih 'real' perlukan perhatian & tindakan. Teringat saya ketika bersarapan pagi di sebuah kedai mamak di danau kota, KL pada akhir 1990an, serentak masa itu terdapat sekumpulan Pemuda UMNO berpakaian seragam putih,bersarapan sama, yang keluar dari mulut mereka adalah, projek, bisnes, consultan, contractor bla..bla..yang sewaktu dengannya. Sedangkan ketika itu ada satu tempat tidak jauh, dekat di mata memandang ada rumah panjang sementara menempatkan setinggan yang masa itu telah tinggal lebih dari sepatutnya. Tak ada dengar mereka sentuh sekali pun perkara2 seperti bantuan tuisyen ker, pemindahan segera ker..apa2 yang patut.
Marah, sebab saya pun orang bisnes, malu sebab saya pun orang UMNO. Geram sebab saya ketika itu buat part time mengajar tuisyen..ada ramai anak2 dari penempatan tersebut memang bermasalah dalam disiplin & pelajaran . Jadi dipendekkan cerita tahun 2008 UMNO kena ajar oleh rakyat disitu, Parlimen Wangsa Maju..
Bagaimanapu, saya berpendirian tidak molek memperlekehkan usaha seseorang atau pihak yang ingin berbuat kebaikan, walau apa pun niat mereka. Berbaik sangka itu menurut Rasulullah. berprasangka buruk itu telunjuk syaitan.
Lagi satu, saya aktif berforum di Yahoo Group Prowaris. Saya gembira sekali kerana saudara2 Prowaris, Uncle M, WJ dsb. dapat melontarkan hal2 isu semasa. Harap saudara turut sekali sekala bersama kami disana.
Akhir sekali, saya sedang mengusahakan menjemput senior2 Prowaris datang ke Kedah. Mungkin untuk berkenal2an dan mendengar lontaran buah kata saudara FO. Tentatifnya bulan Nov nanti.
Wassalam
alhamdulillah...teruskan wadah kepemimpinan yg terarah. kebenaran itu pasti terserlah .InsyaAllah//
Sepatutnya Azeez MT mengesan dan mencari melayu miskin tegar dan yang melarat di bumi malaysia ni. Bukan ke somalia.,.biarlah somalia serah kat Amerika sebab Amerika yang bertanggungjawab mengenai masaalah timur tengah. Ini didepan mata ni banyak yang kebulur dan tak boeh berhari raya yang ini patut didahulukan. Yang dok mengejar glamor ke somalia sampai ada yang meninggal ni apa hal, lepas tu balek dengan buat muka sepuluh sen..balik2 takde apa cerita hebat yang dibawa balek selain membawa balek jenazah. Kita taulah dia banyak dapat sponsor dari orang atas pasal pandai main politik mengampu tapi biarlah tunjuk keikhlasan pemuda menolong bangsa dan agama. Anak dirumah ditinggalkan kera dihutan disusukan. Gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang lautan boleh pulak nampak. Ternyata pemuda umno got wrong priority. Sangat kecewa dengan perjuangan pemuda umno.
salam...sekilas membaca tulisan saudara.itulah y terlintas dihati sy ketika mendengar perkhabaran pemergian sukarelawan kita ke somalia dan gaza....soal ampu xampu..main politik lebih dsb..biarlah.itu antara dia...tp...disekeliling kita msih byk lg y memerlukan...sgt memerlukan...xkira dr segi wang ringgit,prasarana dan kemudahan asas,pendidikan dsb...msih byk warga kita y miskin di bumi sendiri..truskan usaha saudara...semoga kita dpt memartab atkan perjuangan bangsa dan mendapat keredhaan dariNYA insyallah...
Post a Comment